Thursday, January 2, 2020

Youth Skincare

Assalamualaikum semua.

Hai, hari ni Aimi nak share tentang YOUTH Skincare Shaklee. Bagi yang mengikuti perkembangan produk-produk Shaklee mesti korang tau sebelum Youth dipasarkan ada rangkaian produk penjagaan kulit wajah Nutriwhite keluaran Shaklee kan? Sekarang ni Nutriwhite dah tak ada lagi,so diganti dengan YOUTH. Nak tau tentang skincare Youth? Jom baca..




Apa perbezaan YOUTH dengan skincare yang lain?

Keberkesanan Youth telah dibuktikan melalui Kajian Klinikal selama 8 tahun sebelum ianya dipasarkan. Ujian klinikal ini direka oleh World Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian yang dibuat adalah keatas kedutan (wrinkles). Skin Age Index ini mengukur sehingga kedalaman dan berapa panjang kedutan tu. Haa.. detail kan kajian klinikal yang dijalankan untuk membangunkan produk penjagaan kulit organik YOUTH skincare Shaklee ni?

Antara tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti berikut:

  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri Kulit
  • Kekenduran kulit

Hasil kajian klinikal tersebut menunjukkan bahawa 100% daripada wanita yang menjalani ujian ini terbukti kulit wajah mereka menjadi lebih muda berbanding sebelumnya. Perubahan ketara tersebut dapat dilihat hanya dalam tempoh 7 hari sahaja, dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit wajah mereka 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.


Korang mesti nak tahu apakah bahan-bahan yang terkandung dalam skincare YOUTH ni sehingga ia menjadi sangat berkesan kan?

Antara bahan-bahan yang ada dalam skincare Youth ini adalah:
  1. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A - Apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia sebab tu ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit. Kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembutkan kulit.
  2. Schisandra Chinensis Fruit Extract - Ianya berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.
  3. Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) - Ianya berfungsi untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.
  4. Lotus Japonicus Extract - Ianya berfungsi untuk menyokong penghasilan kolagen dan menjadikan kulit lebih tegang.
  5. Muscadine Grape Polyphenols - Ianya berfungsi untuk melindungi kolagen dibawah lapisan kulit serta melindungi lapisan luar kulit wajah supaya lebih tegang dan elastik (anjal).

Nak mula menggunakan Shaklee Skincare? Anda boleh mendapatkan YOUTH Starter Set ini. Sesuai untuk mereka yang baru pertama kali hendak menggunakan YOUTH.  YOUTH Starter Set ini mengandungi :

  • YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser – pencuci
  • YOUTH Perfecting Skin Toner – toner
  • Age Defense Moisturizer SPF 50 – krim siang
  • Advanced Renewal Night Cream (Light) – krim malam


Jom Kita Tengok Testimoni Pengguna YOUTH Skincare.





Teruja kan lihat kesan positif para pengguna Youth Skincare?

Berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang Set Kulit/ Set Jerawat Shaklee? Anda boleh ikon WhatsApp di sebelah bawah blog ini atau hubungi Aimi di talian 011-61779584.

Jangan lupa follow Aimi di

Fb Personal Aimi Nasihah



Xoxo,  
Aimi Nasihah

0 comments:

Post a Comment