Sunday, October 18, 2020

Bukan Sekadar Hobi : Jual Sandwich boleh Jana Pendapatan Sampingan

Ye betul. Serius, jual Sandwich boleh jana pendapatan sampingan. Aimi dah banyak cuba jual makanan tapi end up letih, rushing nak cod dan sebagainya. Start lepas PKP dalam bulan Julai, Aimi terfikir nak join class masakan. Tapi tak tahu nak join kelas apa. Banyak sangat kan kelas pjj sekarang ni. Tanya pada diri sendiri, "aku minat buat apa. Abaikan kalau minat aku sama dengan orang lain yang dah buat jualan".

Tiba-tiba terlihat iklan kelas PJJ Sandwich. 

Ah, not bad. Boleh cuba join kelas. Aku pun suka makan sandwich. Lagi pun senang je buat. 

Sebenarnya 'senang' , realitinya taklah senang sangat. Specialnya kelas PJJ ni ialah tips nak buat sesuatu.  Resepi boleh jer kita google tapi tips especially dari seorang yang pakar memang tak senang-senang nak dapat. 

Aimi pun ambil keputusan nak join Kelas PJJ dengan harga RM50. Alhamdulillah, dah balik modal yuran Kelas PJJ dah pun. 😀 Satu lagi masalah Aimi ialah, kesian dekat pelanggan kalau nak jual mahal. Dalam kelas ni, Aimi belajar nak kira kos bahan dan harga jual. Tetapi, ia bergantung juga pada kawasan samada bandar atau luar bandar dan senang atau tidak nak dapatkan bahan mentah.

Nak tengok hasil sandwich yang Aimi buat tak?




Mix (Sandwich dan Sushi Sandwich)





Agak payah nak dapatkan customer pada mulanya. Yang Aimi cuba buat masa mula-mula nak start ialah, edarkan tester buat rakan-rakan. Alhamdulillah, respon yang baik dan membina daripada rakan-rakan. Itulah permulaan Aimi dalam jualan sandwich.

Sepanjang tempoh jualan sandwich, Sushi Sandwich paling mendapat sambutan hangat. Pernah dalam seminggu,hari-hari berderet order masuk untuk Sushi Sandwich.  


ini dia Sushi Sandwich

Alhamdulillah. Aimi happy sangat buat sandwich. Walaupun untung tak banyak, tapi alhamdulillah boleh la menampung saat-saat emergency nak guna duit. Dalam seminggu boleh dapat dalam RM600++ sales. Bergantung atas jualan yang kita buat. 

Aimi rasa untung join kelas PJJ ni sebab ada support group yang sangat membantu memberi idea, nak cari kotak, nak kira kos, nak letak harga dan sebagainya. Aimi suka bisnes makanan, sangat suka sebab happy dengar feedback pelanggan, di samping itu nak menambah skill memasak. 

Tempting tak tengok sandwich ni? Hehe.

Btw, Aimi masih belajar. Disamping jual Shaklee, Aimi suka jual makanan dan buat sandwich box ni adalah satu terapi. 

Semoga bisnes sambilan ni terus bertahan dan mendapat tempat di hati pengguna. 

Doakan Aimi ye kawan-kawan!


Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada sebarang pertanyaan?
Hubungi Aimi:

Aimi Nasihah
COD Area : Kerteh / Paka / Kemasik
Pengeposan Seluruh Malaysia.

0 comments:

Post a Comment