Tuesday, July 23, 2019

Hanya Dengan RM2.10 pun boleh bahagiakan hati anak.

"Mama, esok ayah dapat gaji kan?"

"Ye. Kenapa?"

"Boleh apa bila ayah dapat gaji?"

"Tak boleh apa pun. Abang nak apa?" Mama test dia pulak.

Hero kembarku tersenyum macam kerang busuk pagi tadi. Mesti ada sesuatu kalau tak, takkan tanya macam tu sekali.

"Nak beyblade"

Haa, itu dia jawapan di sebalik hati nurani. Rupanya itu yang dia mahu.

"Tak makan durian pun semalam, mana boleh beli beyblade".

Dua-dua tersengih lagi. Memang semalam Aimi buat challenge, siapa dapat habiskan seulas durian, Aimi belanja beyblade.

Nampak challenge biasa je, tapi Aimi sengaja buat macam tu sebab diorang dua beradik memang tak makan buah kecuali pisang. Itupun kalau digoreng atau dibuat cekodok pisang.

Memang untung sokmo lah mama dan ayah musim buah ni sebab tak payah berebut nak makan dengan anak tapi tak best lah. Nak jugak feel "berebut" seulas dua.

Tapi nak diceritakan begitulah anak-anak. Kalau berjanji mesti dikotakan. Jadi, jangan berjanji apa yang tak boleh kita tunaikan. Tapi pasal beyblade berjanji jika boleh habiskan durian je. Gagal means takde beyblade.Hehe.

Memang kita boleh beli apa sahaja kemahuan diorang tapi keperluan rohani mereka wajar diutamakan. Tak kisahlah bekerja atau tidak, sebenarnya itu bukan alasan. Anak suka kalau kita cakna pasal mereka.

Kita sebagai parents cuba stop tengok gadget sekejap jika mereka cuba nak bercerita pada kita. Dengar dan respon. Puji bila mereka buat sesuatu yang membanggakan. Contohnya begini;

" Mama, tadi kat sekolah syar boleh baca sampai habis. Esok boleh baca yang baru"

"Bagusnya anak mama. Nanti kena rajin baca lagi, boleh sama dengan abang."

Kalau ada anak kembar satu keuntungan sebab depa bersaing sesama sendiri. Tapi Aimi tak boleh suruh si adik terang-terang supaya lagi hebat daripada abang. Bagi si adik capai tahap dengan si abang.

Kita sebagai ibu bapa kena letakkan diri kita sebagai anak-anak kita. Apa yang kita rasa kalau kita abaikan mereka. Abai bukan sahaja yang kita nampak pada mata kasar seperti tak bagi makan, tak uruskan pakaian, biarkan berhingus dan sebagainya. Penuhi keperluan emosi.

Bagi yang bekerja, pulang awal dan ambil mereka dari taska atau sekolah. Mandikan mereka, sediakan makan, duduk makan bersama. Tanya pasal sekolah dan mungkin boleh selitkan nasihat.

Hujung minggu, kita kena rangka nak buat apa dengan anak- anak. Ajak pergi taman, kemas rumah, ajak masak ke. Lakukan sesuatu yang lain dari rutin mereka.

Jaga keperluan emosi mereka, insyaAllah akan terjaga semuanya.

Letih tu biasa, tapi apa salahnya kita korbankan sikit masa mengadap hp kita tu demi anak-anak.
Aimi pun sedaya upaya belajar dan latih diri untuk jadi ibu terhebat buat anak- anak Aimi.

Silap itu biasa, yang penting kena ada usaha nak baiki diri kita sebagai ibu.

Anda lakukan ini, anak- anak akan sentiasa ingat sampai mereka dewasa. Binalah kenangan indah semasa mereka kecil.

Bawak jalan-jalan pergi kedai Eco pun diorang dah happy lain macam tau.


0 comments:

Post a Comment