Thursday, November 12, 2020

Bagaimana melatih minda kita supaya menjadi hebat?

Assalamualaikum & Hye. 


Alhamdulillah. Malam ni berpeluang join kelas Puan Aeinna Musa yang bertajuk Minda Sang Pemenang. Syukur sangat diberi kerana berpeluang. Dah pesan awal-awal pada anak sulungku supaya jagakan adik sepanjang mama menuntut ilmu.

Belajar tentang Teknik AVF, Teknik Pernafasan Fitrah dan banyak lagi tips. Jika sebelum ni tertanya-tanya tentang teknik AVF, sekarang dah jelas macam mana nak buat. Sebenarnya dah buat, tapi tak konsisten dan tak tahu cara yang betul.

Banyak juga perkongsian tentang kisah-kisah sirah, sangat sesuai untuk kita share dengan anak-anak. Macam anak-anak Aimi suka dengar cerita, tak kisahlah cerita apa-apa. Memang diorang sangat khusyuk mendengar. 

At least Aimi ada tempat nak kongsikan semula apa yang Aimi belajar kan?

Untung sangat sebab kelas ni, kalau kat luar sana memang ratus singgit, tapi dengan adanya group support Shaklee ni, kelas ni free sahaja. 

Korang berminat jugak nak join kelas free? Macam-macam tips kita dapat sama ada nak baiki bisnes kita atau pun diri kita.

Tadi belajar juga tentang minda sedar dan minda bawah sedar, The most important is minda bawah sedar yang sangat mempengaruhi diri kita. Bagaiman minda kita akan tentukan tindakan kita. Sebenarnya penting apa yang kita sering fikirkan.



 Jom tukar profesion kita daripada PENCARI REZEKI kepada PENJEMPUT REZEKI 😀

0 comments:

Post a Comment