Wednesday, November 25, 2020

Riyaz Heritage pilihan staycation sebelum PKPB 09/11/2020

Hye! Assalamualaikum.

Dah lama peram konon nak review tentang Riyaz Heritage Duyong Marina & Resort yang terletak di Pulau Duyong, Terengganu. Kami suami isteri plan untuk bawa anak-anak staycation selepas Deepavali, kebetulan anak-anak pun dah habis exam. Tapi cikgu dah umum tentang exam dibatalkan, so kami percepatkan staycation kami pada 7 November yang lepas.

Kami memang suka staycation especially di Kuala Terengganu. Dengan alasan mudah nak cari makan. Hihi. Dah banyak kali ke Kuala Terengganu, rasanya belum habis lagi jajahan kami. Kali ni kami pilih Riyaz Heritage. Sebenarnya part pilih tempat, memang suami serahkan pada saya, memandangkan saya pun memang cerewet pun nak pilih tempat.

Saya contact sepupu saya yang bekerja di Riyaz Heritage untuk bertanyakan kekosongan bilik. Kami dapat potongan daripada RM280 ke RM180. Hajatnya, sepupu nak guna harga staff tapi disebabkan weekend, so tak dapat. Tapi kira okeylah dapat harga murah macam tu. 

Kami bertolak pagi Sabtu (7/11/2020), sebab hajat kami memang nak pergi awal dan rehat. Sekurang-kurangnya ada masa recharge energy untuk layan anak-anak nanti. Niat nak happykan anak-anak, memanglah sanggup menabung sikit nak bawa anak-anak ni tidur hotel. Hihi. 

Sampai dalam jam 2 petang, kami keluar cari makan tengahari untuk makan di hotel nanti. Dah siap membeli nasi bungkus, terus ke hotel untuk check in.




inilah bilik kami. Bilik 302.




Dah siap makan, anak-anak dah sibuk tanya " jam berapa boleh mandi kolam, mama?" Jenuh si mama ni nak menjawab setengah jam sekali. Hihi. Itu lah ragam anak-anak, memang excited. Bukan tak pernah staycation kat mana-mana, tapi diorang tak pernah puas. Ini pun first time nak dapatkan approval sendiri nak stay kat sini.





Kolam yang sangat luas. 

Actually ada tiga kolam. First,bahagian bawah untuk kanak-kanak (cetek), bahagian atas ada dua kolam ikut kedalaman untuk dewasa. 

Kawasan persekitaran chalet sangat luas dan berumput. Sangat selesa untuk anak-anak berlari dan santai. Secara jujurnya, saya memang suka kawasan di sini. Terasa sangat privacy. Nampak macam tak ramai pengunjung tapi agak ramai juga. Oleh sebab privacynya terjaga, kita akan rasa tak crowded dengan orang.





Nice view. Boleh nampak Drawbridge Ganu Kiter.




Makanan overall okey, walaupun tak banyak pilihan, tapi sedap. Cafe pun luas dan banyak tempat makan. Nice view jugak area cafe ni. Tapi saya tak snap banyak picture sebab sibuk handle Umar hehe.



Pandangan dari cafe berhampiran lobby.
Nampak Drawbridge kan?

Rasa tak cukup 2 hari 1 malam kat sini. I love the privacy here. Tak crowded. Memang pesenganku tak suka ramai orang, tak suka bising. Ye lah kan, selepas bekerja memang kita nak tempat yang sunyi, boleh lepas penat dan rehat betul-betul. 





Bilik yang besar dan luas


InsyaAllah lepas ni boleh datang lagi bawak family. Dan sekarang ni ada offer tau.  

offer Riyaz Heritage

So kalau korang nak stay sahaja without breakfast, dah murah dah tu. Harga asal kalau tak silap RM280. 

Area hotel ni pun banyak kedai makan. Dekat Riyaz sendiri ada cafe iaitu Cafe Bytes. Makanan dia pun murah dan berpatutan. 

InsyaAllah lepas ni repeat lagi. Kerja keras dulu dan nanti bawa anak-anak datang lagi. Jangan kedekut belanja anak-anak tau. Hehe

0 comments:

Post a Comment