Thursday, November 30, 2017

BADAN DAH GEMUK, CAMNE MAHU TURUN BERAT NI?

Assalamualaikum & hi semua..

Pernah hati Aimi terdetik tau, "Biar nampak gemuk/ besar, asalkan jangan nampak seksa". Perempuan ni memang sangat-sangat sensitif bila ditegur pasal berat badan. Bila pakai jubah, dikatakan pregnant. Bila orang cakap kita pregnant, kita beranggapan orang akan cakap kita gemuk.

Alahai perempuan..!

Kenapa berat badan susah nak turun?

Sebabnya:

1) Pengambilan air soda. Air soda ni atau air bikarbonat memang tinggi kandungan gulanya. Dalam segelas minuman soda ada 65 kalori. Kandungan kalori yang tinggi itu tidak akan membuat anda kenyang sekalipun.

2) Tidak bersarapan. Nak kurus, jangan skip breakfast. Wajib breakfast. Ada orang cakap, breakfast like a king. Seseorang yang melambatkan sarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. So guys, takde istilah diet kalau skip sarapan pagi.

3)Kurang minum air putih. Kajian menunjukkan mereka yang minum 2 gelas air sebelum makan akan membuat berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.

4) Makan ketika tertekan atau stress. Haha. yang ni betul tau. Bila stress je, akan cari kek, akan cari kerepek. Jika keinginan untuk makan makanan yang manis ketika stress, anda boleh elak dengan senaman atau pun tidur terus.

5) Malas bersenam. Yang ni memang majoriti orang kita malas nak bersenam. Kurus nak, tapi malas nak exercise. Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan, tetapi tidak mungkin mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman.😊

Got it?!

Ayuh, kita amalkan cara hidup sihat, so kita boleh kontrol berat badan kita.

Happy happy saja!😉😉

0 comments:

Post a Comment