Wednesday, November 22, 2017

Kenapa Aimi Setia Bersama Bisnes Shaklee

Assalamualaikum semua.

Sebelum ni Aimi langsung tiada kepercayaan dengan MLM. Mula-mula kawan ajak join Bio Aura punya MLM, tapi masa tu kena ada modal besar, beli barang. Masa tu takde modal, takkan nak buat loan semata-mata nak join MLM tu.

Benci dengan MLM. Suatu ketika dahulu.

Aimi langsung tak pernah dengar pasal Shaklee sehingga lah Aimi melahirkan anak kembar Aimi. Masa tu berpantang dengan Nona Roguy sebab mak bidan yang jual. Siapa cakap tak bagus. Actually semua bagus cuma nak serasi dan sebati tu susah.

Macam pilih calon suami lah. Berkawan ramai, semua baik dan bagus tapi nak cari yang serasi susah. Hihi.

Lepas anak kembar lahir masa tu nak cari produk baby untuk ruam dan gatal-gatal.  Dan Aimi terjumpa Herbal Blend Shaklee melalui upline Aimi sekarang iaitu Kak Nisa. Masa tu tak join ahli lagi. Ambil masa jugak nak join.  Aimi join dalam bulan Oktober 2013.

Start dari situ, Aimi dah mula mengenali banyak rangkaian produk Shaklee. Ada rezeki lebih, Aimi beli satu satu. Walaupun ekonomi tak berapa bagus untuk Aimi beli pukal, beli pun tengok bajet bulanan, tapi memang rasa sayang sangat nak tinggal Shaklee ni.

Nak start berbisnes punya lah malu nak upload gambar. ITU DULU.

Nak dipendekkan story nya, walaupun niat asal bukan kerana bisnes, satu-satunya supplement yang Aimi tak tinggal ialah Shaklee. Bila dah jatuh cinta, nilai sihat lebih dari segala-galanya.

Kalau korang nak kata sekarang ni Shaklee boleh bagi INCOME BESAR?

Sebenarnya SHAKLEE boleh bagi lebih daripada itu. Team Shaklee TERAMAT POSITIF. Sampai rasa malu nak luahkan perkara negatif. Secara jujur, sekarang ini walaupun Aimi belum mengecap bonus 4 angka daripada Shaklee, Aimi bersyukur Aimi dapat ilmu untuk diri. Aimi belajar bergembira daripada hal-hal yang kecil. Aimi belajar untuk menyayangi mentor. Aimi belajar untuk memberi. Sangat banyak hal-hal kerohanian yang diterapkan dalam hidup selepas kenal Shaklee.

Nikmat apa lagi yang harus ku dustakan?💓💓💓

I LOVE SHAKLEE.
SHAKLEE MENGAJARKU MEMBINA IMPIAN.



0 comments:

Post a Comment