Tuesday, November 28, 2017

Skincare daripada Shaklee-------> YOUTH

Assalamualaikum semua readers yang disayangi.

Ada ke tak?

Alhamdulillah. Hujan turun dari semalam lagi di bumi Kerteh ni. Rasa liat dan malas nak pergi kerja. Hihi.

Semalam Aimi dah janji kan nak share pasal YOUTH ni. Sebenarnya Aimi dah lama tak pakai apa-apa di wajah selain pencuci muka. Sekarang pakai BioEssence-Bird Nest. Terfikir ni nak pakai skincare apa ye. Memang nak try Nutriwhite atau Enfuselle dari Shaklee, tup-tup dah takde dan nak keluarkan YOUTH pulak.

Actually tak sabar nak guna dan kena standby awal-awal duit tau..haha. InsyaAllah, rezeki takkan pernah terputus untuk mereka yang rajin berusaha. **senyum sikit**

Shaklee YOUTH untuk kulit cantik dan muda lebih lama.

Siapa taknak..??



YOUTH ini adalah produk penjagaan kulit terbaru yang direka khas oleh Shaklee bagi menggantikan Nutriwhite dan Enfuselle.

Shaklee Youth menjanjikan kulit yang lebih sihat dan memberikan kesan kulit lebih nampak muda.

Dengan menggunakan teknologi yang telah patentkan yang berupaya untuk mengaktifkan protein penting untuk kemudaan. Muda remaja gitew!!

Dan membuatkan protein ini menjana semula sel-sel kulit menghasilkan lebih banyak kolagen & elastin yang membantu kulit kita bertindak lebih muda


YOUTH SHAKLEE SKINCARE

Set ini terdiri daripada 7 produk berikut

1. Luminous Gel Oil Cleanser

Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini membasuh lembut, membersihkan & mempersiapkan kulit kita untuk produk youth yang lain.

2. Perfecting Skin Toner

Mengelupas, menghidrat dan menyuburkan kulit kita.

3. Youth Activating Serum

Produk ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita.
Toner ini mempunyai 10 x bahan aktif untuk memperbaharui kulit pada tahap sel.

Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & menjadikan sel-sel kulit berfungsi lebih muda.

4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30

Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan dari sinaran SPF 30 UVA / UVB matahari & melindungi juga untuk kulit kita daripada pencemaran alam sekitar. Perlindungan 2 in 1 tau.

Tanpa bahan kimia.
Hanya bahan semulajadi

Krim pelindung matahari ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer dari hidupan laut

5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)

Dulu dalam set nutriwhite
Ada krim malam yang hampir sama fungsinya

Krim malam Shaklee YOUTH yang baru ini menghidrat & melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit.

Dan menyokong proses pembaharuan kulit semasa kita tidur.

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu pengeluaran kolagen & elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin.

Dan lebih bercahaya.

6. Radiance C + E Capsules

Vitamin C 20% tulen memulihkan sinaran kulit sihat dengan mengurangkan bintik-bintik pada kulit di sebabkan penuaan. Ini juga akan melicinkan tekstur kulit & mencerahkan warna kulit.
Kapsul adalah berasaskan tumbuhan, biodegradable & tidak menggunakan pengawet.
Gunakan tanpa was was.

7. BB Cream

Balsem kecantikan pelbagai fungsi 5 dalam 1 ini menyediakan lapisan menyempurnakan rupa & tekstur kulit kita. Tak cukup dengan itu, BB cream ini juga akan membetulkan, menghidrat, menyuburkan & melindungi.

Krim ini mempunyai fungsi tambahan pelindung matahari dari bahan semula jadi untuk menyediakan Perlindungan SPF 30 UVA / UVB.







0 comments:

Post a Comment