Thursday, December 14, 2017

SET MENGANDUNG SHAKLEE





Hai semua...! Assalamualaikum

Mommies kat luar sana apa khabar ye? Semalam, Aimi terkejut sangat macam ada dengar hubby tanya 'sayang pregnant ke?' Sampai mintak hubby ulang balik. Oooo, rupanya nak tanya si polan tu pregnant ke? Aik dah kenapa, suami ku jarang bergosip.


Haha. 


Rupanya hubby bagitahu kawan dia yang tanya dia. Rupanya lelaki sesama lelaki ni kuat bergosip jugak ye. Bahaya betul. Okey, kita tinggalkan kejap topik lelaki kuat bergosip ni. 😋


                    >>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Set Mengandung Shaklee


Sekarang ni kita nak sembang-sembang pasal mengandung. Yes, Pregnant! Mengandung ni sebenarnya satu pengalaman yang sangat seronok, yang sangat berharga. Bagi Aimi, kalau tak alahan tak best. Sebenarnya memang best dan seronok kalau tiada alahan semasa mengandung which means alahan teruk. 

APA ITU MORNING SICKNESS@ ALAHAN?


Morning Sickness bermula sekitar 6 minggu peringkat kehamilan. Ianya berbeza bagi setiap kehamilan. Wanita-wanita yang mengandung akan mengalami loya atau muntah pada waktu pagi, dan ada juga sepanjang hari. Ada juga yang alahan pada bau dan menyebabkan mereka merasa loya dan muntah.

.
.
Morning sickness disebabkan oleh kehadiran hormon hCG dalam darah yang dikeluarkan oleh uri di dalam rahim. Namun begitu, ia merupakan petanda yang baik bagi wanita yang hamil. Ini bermakna bahawa tahap hormon hCG dalam tubuh mereka semakin meningkat dan bayi berada berada dalam keadaan baik.

.

Bagi sesetengah wanita pula mengalami morning sickness yang teruk hingga muntah dan loya beberapa kali sehingga hidrasi. Muntah yang berlebihan boleh membuatkan ibu hamil tidak berupaya melakukan rutin harian seperti biasa, malah kelihatan lesu. 

.

Bila story pasal pregnant ni memang suka tau imbas kembali masa mengandungkan twin Rahman Rahim dan single Ayra. Alhamdulillah, dua kali pregnant, berpeluang trace bahawasanya diriku hamil melalui fasa alahan.

CARA MENGATASI?


Secara jujur, nak atasi bagi hilang terus alahan memang mustahil. Tapi kalau nak topup tenaga untuk melalui fasa alahan ini InsyaAllah , pasti ada. 


.

Semasa pantang, Aimi langsung tiada selera untuk jamah nasi. Terkena pulak alahan bulan puasa. Tapi Aimi ada peneman setia waktu itu. ESP Shaklee, shake shake insyAllah kenyang.




ini dia peneman setiaku. 


Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali nengandung.
.
Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.

  • Alahan Teruk
  • Morning Sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan Loya
  • Anemia = Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
  • Keletihan dan rasa malas
  • Mood swing
.
Jangan risau, keadaan tersebut hanyalah sementara.


Simptom Kehamilan boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang diperlukan dan cara yang betul.
.
Selain itu, rehat yang secukupnya dan sokongan yang kuat daripada suami juga amat diperlukan. 😉



MENGAPA DOKTOR BEKALKAN IBU HAMIL DENGAN VITAMIN?



Kerana semasa hamil tubuh ibu memerlukan dua kali ganda lebih nutrien tertentu untuk disalurkan kepada bayi dalam rahim yang sedang membesar.

Sayangnya cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan majoriti nutrisi seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat di serap oleh tubuh. 

                           Set Mengandung Shaklee


APAKAH KEBAIKAN SET HAMIL SHAKLEE?


Setiap ibu mengandung mahukan yang terbaik untuk dirinya dan anak di dalam kandungan supaya mendapat keperluan nutrisi yang lengkap dan tumbesaran yang baik.


.

Malah, ibu hamil juga mahukan yang terbaik supaya tiada lagi lenguh-lenguh badan di malam hari dan sentiasa bertenaga sepanjang kehamilan.


a) Vita-Lea iron Formula


- Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.

- Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


b) Sustained Released Vita-C

- Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.

- Membantu Penyerapan iron 


c) B- Complex

- lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan.

- Ia membantu  tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi stabil dan wajah berseri.

- B complex juga vitamin anti stress.


d) Energizing Soy Protein

- Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

- Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.

-Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

- ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.


e) Ostematrix


- Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.


- Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
- Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
-Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
-Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period


f) Omega Guard (EPA & DHA)

- DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
- DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
- Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
- Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

     Image result for set mengandung

So, mana-mana yang nak try Set Hamil ni boleh terus hubungi Aimi. Aimi sedia membantu selagi terdaya 😊
.
.
.
.
.

AIMI NASIHAH
012-9862856
Continue Reading

Thursday, December 7, 2017

Thursday, November 30, 2017

BADAN DAH GEMUK, CAMNE MAHU TURUN BERAT NI?

Assalamualaikum & hi semua..

Pernah hati Aimi terdetik tau, "Biar nampak gemuk/ besar, asalkan jangan nampak seksa". Perempuan ni memang sangat-sangat sensitif bila ditegur pasal berat badan. Bila pakai jubah, dikatakan pregnant. Bila orang cakap kita pregnant, kita beranggapan orang akan cakap kita gemuk.

Alahai perempuan..!

Kenapa berat badan susah nak turun?

Sebabnya:

1) Pengambilan air soda. Air soda ni atau air bikarbonat memang tinggi kandungan gulanya. Dalam segelas minuman soda ada 65 kalori. Kandungan kalori yang tinggi itu tidak akan membuat anda kenyang sekalipun.

2) Tidak bersarapan. Nak kurus, jangan skip breakfast. Wajib breakfast. Ada orang cakap, breakfast like a king. Seseorang yang melambatkan sarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. So guys, takde istilah diet kalau skip sarapan pagi.

3)Kurang minum air putih. Kajian menunjukkan mereka yang minum 2 gelas air sebelum makan akan membuat berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.

4) Makan ketika tertekan atau stress. Haha. yang ni betul tau. Bila stress je, akan cari kek, akan cari kerepek. Jika keinginan untuk makan makanan yang manis ketika stress, anda boleh elak dengan senaman atau pun tidur terus.

5) Malas bersenam. Yang ni memang majoriti orang kita malas nak bersenam. Kurus nak, tapi malas nak exercise. Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan, tetapi tidak mungkin mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman.😊

Got it?!

Ayuh, kita amalkan cara hidup sihat, so kita boleh kontrol berat badan kita.

Happy happy saja!😉😉
Continue Reading

Tuesday, November 28, 2017

Skincare daripada Shaklee-------> YOUTH

Assalamualaikum semua readers yang disayangi.

Ada ke tak?

Alhamdulillah. Hujan turun dari semalam lagi di bumi Kerteh ni. Rasa liat dan malas nak pergi kerja. Hihi.

Semalam Aimi dah janji kan nak share pasal YOUTH ni. Sebenarnya Aimi dah lama tak pakai apa-apa di wajah selain pencuci muka. Sekarang pakai BioEssence-Bird Nest. Terfikir ni nak pakai skincare apa ye. Memang nak try Nutriwhite atau Enfuselle dari Shaklee, tup-tup dah takde dan nak keluarkan YOUTH pulak.

Actually tak sabar nak guna dan kena standby awal-awal duit tau..haha. InsyaAllah, rezeki takkan pernah terputus untuk mereka yang rajin berusaha. **senyum sikit**

Shaklee YOUTH untuk kulit cantik dan muda lebih lama.

Siapa taknak..??



YOUTH ini adalah produk penjagaan kulit terbaru yang direka khas oleh Shaklee bagi menggantikan Nutriwhite dan Enfuselle.

Shaklee Youth menjanjikan kulit yang lebih sihat dan memberikan kesan kulit lebih nampak muda.

Dengan menggunakan teknologi yang telah patentkan yang berupaya untuk mengaktifkan protein penting untuk kemudaan. Muda remaja gitew!!

Dan membuatkan protein ini menjana semula sel-sel kulit menghasilkan lebih banyak kolagen & elastin yang membantu kulit kita bertindak lebih muda


YOUTH SHAKLEE SKINCARE

Set ini terdiri daripada 7 produk berikut

1. Luminous Gel Oil Cleanser

Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini membasuh lembut, membersihkan & mempersiapkan kulit kita untuk produk youth yang lain.

2. Perfecting Skin Toner

Mengelupas, menghidrat dan menyuburkan kulit kita.

3. Youth Activating Serum

Produk ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita.
Toner ini mempunyai 10 x bahan aktif untuk memperbaharui kulit pada tahap sel.

Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & menjadikan sel-sel kulit berfungsi lebih muda.

4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30

Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan dari sinaran SPF 30 UVA / UVB matahari & melindungi juga untuk kulit kita daripada pencemaran alam sekitar. Perlindungan 2 in 1 tau.

Tanpa bahan kimia.
Hanya bahan semulajadi

Krim pelindung matahari ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer dari hidupan laut

5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)

Dulu dalam set nutriwhite
Ada krim malam yang hampir sama fungsinya

Krim malam Shaklee YOUTH yang baru ini menghidrat & melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit.

Dan menyokong proses pembaharuan kulit semasa kita tidur.

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu pengeluaran kolagen & elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin.

Dan lebih bercahaya.

6. Radiance C + E Capsules

Vitamin C 20% tulen memulihkan sinaran kulit sihat dengan mengurangkan bintik-bintik pada kulit di sebabkan penuaan. Ini juga akan melicinkan tekstur kulit & mencerahkan warna kulit.
Kapsul adalah berasaskan tumbuhan, biodegradable & tidak menggunakan pengawet.
Gunakan tanpa was was.

7. BB Cream

Balsem kecantikan pelbagai fungsi 5 dalam 1 ini menyediakan lapisan menyempurnakan rupa & tekstur kulit kita. Tak cukup dengan itu, BB cream ini juga akan membetulkan, menghidrat, menyuburkan & melindungi.

Krim ini mempunyai fungsi tambahan pelindung matahari dari bahan semula jadi untuk menyediakan Perlindungan SPF 30 UVA / UVB.







Continue Reading

Monday, November 27, 2017

Sunday, November 26, 2017

Vitamin -E Shaklee, Vitamin Cinta.

Assalamualaikum semua.

Dah cuti sekolah kan? Bestnya jadi budak sekolah. Sebulan lebih cuti sekolah.
Mak - maknya pulak, happy ke tak? ke tumpang happy je anak-anak dah start horey..
Anak-anak Aimi pun rasanya happy kot. Sebab setiap hari culas nak bangun pagi, so starting today, takde culas-culas lagi.Hehe.

Dulu masa zaman anak dara memang cepat terpengaruh tau dengan iklan. Bila pencuci muka sekian kuar televisyen, pi cari. Kuar yang lain pulak, pi cari pulak. Bila dah zaman matang sikit, baru perasan pencuci muka.yang digunakan sebelum ni agak meminyakkan muka. eeui.
so sejak.mengamalkan produk Shaklee, saya rasa ia banyak improve pada kulit. ESP dan Vitamin C memang banyak membantu. Cerah secara semulajadi siapa taknak.

Ok today, saya nak share tentang Vitamin E.
Ada orang kata, Vitamin E ni vitamin Cinta. Kenapa ye?
Apa sumber Vitamin E sebenarnya? Sebutkan apa yang anda tahu.

Betik, Almond,Avocado, Sunflower seed, green olive?


Yes. Betul.Anda ambil tak dalam pemakanan sehari-hari? Tak semua kan. Tak semua yang dapat lengkapkan Vitamin E mereka setiap hari.Sebagai alternatif untuk melengkap Vitamin E , Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E istimewa gitew...Hehe

APAKAH KANDUNGAN VITAMIN E SHAKLEE?


Nak tahu tak Khasiat dan kebaikan Vitamin E Shaklee?
  • Melambatkan penuaan. Antioksidan yang tinggi dalam vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya.
  • Membantu.mengurangkan kesan stretchmark akibat kehamilan yang lalu.
  • Mencegah penyakit katarak
  • Melindungi.struktur membran daripada rosak
  • Membantu memelihata pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
  • Merapatkan hubungan suami isteri.
  • Mengandungi grape seed yang.juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

Banyak sangat khasiat Vitamin E yang memukau hati. adeh, tak tertahan daku melihatnya.😊

SIAPA YANG PERLU VITAMIN E INI?
  • Untuk suami dan isteri. Ehem ehem, faham-faham ajelah yang dah bergelar suami dan isteri..
  • Untuk pesakit Alzheimer
  • Untuk mereka.yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan serta mereka.yang ingin mencantikkan kulit.
  • Sesuai untuk ibu yang sering keguguran untuk persediaan sebelum hamil.
TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE







TIPS CANTIK : BOLEH BUAT MASKER TAU!!


Continue Reading

Thursday, November 23, 2017

HILANG 5 KG DENGAN HERB LAX

 wOOOw!!!

Siapa tak mau turun 5 kg? Angkat tangan cepat sapa tak mau. hihi. Sebenarnya, sebelum nak turunkan berat, kita perlu detoks dahulu. Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia.

Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain.

Nak detoks, ada dua sumber untuk detoks. Pertama sayur-sayuran dan kedua ialah buah-buahan.

Adalah sangat dicadangkan mereka yang ingin detoks, boleh ambil Herb Lax atau pun Alfalfa. Bila segala toksin di dalam badan telah dikeluarkan, anda boleh mengambil produk-produk bagi menurunkan berat badan seperti Lecithin dan OmegaGuard yang berfungsi untuk membakar lemak.


APA KANDUNGAN HERB-LAX?



  • Buckhorn bark – melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  • Licorice root – membantu proses detoksifikasi
  • Fennel seeds – mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  • Blue malva flower – membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
  • Culver’s root – membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa leaf – membersihkan usus, darah dan hati.
  • Senna leaf – merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

 Siapa Yang Memerlukan Herb-Lax Shaklee?


  • Mereka yang pengamal tegar ubat tahan sakit
  • mereka yang ada masalah pembuangan kurang lancar
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • dan kita yang ingin membersihkan usus.
Lain-lain manfaat :
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan bau badan

Aimi suka makan herb lax. Sebab Aimi jenis yang agak susah jugak nak membuang. Bila makan herb-lax malam sebelumnya, esok wajib membuang! Serius. Lepas makan pagi, wajib jugak membuang. Sebab tu Aimi suka makan herb-lax. 

Kawan-kawan ada yang bermasalah untuk membuang? jom kita sembang-sembang dan sharing masalah susah nak membuang ni.hehe. 

Jadikan Anda Sekarang, Bukan Anda yang Dulu.😉


Hubungi saya di talian:

Aimi Nasihah
012-9862856



Continue Reading

Wednesday, November 22, 2017

Kenapa Aimi Setia Bersama Bisnes Shaklee

Assalamualaikum semua.

Sebelum ni Aimi langsung tiada kepercayaan dengan MLM. Mula-mula kawan ajak join Bio Aura punya MLM, tapi masa tu kena ada modal besar, beli barang. Masa tu takde modal, takkan nak buat loan semata-mata nak join MLM tu.

Benci dengan MLM. Suatu ketika dahulu.

Aimi langsung tak pernah dengar pasal Shaklee sehingga lah Aimi melahirkan anak kembar Aimi. Masa tu berpantang dengan Nona Roguy sebab mak bidan yang jual. Siapa cakap tak bagus. Actually semua bagus cuma nak serasi dan sebati tu susah.

Macam pilih calon suami lah. Berkawan ramai, semua baik dan bagus tapi nak cari yang serasi susah. Hihi.

Lepas anak kembar lahir masa tu nak cari produk baby untuk ruam dan gatal-gatal.  Dan Aimi terjumpa Herbal Blend Shaklee melalui upline Aimi sekarang iaitu Kak Nisa. Masa tu tak join ahli lagi. Ambil masa jugak nak join.  Aimi join dalam bulan Oktober 2013.

Start dari situ, Aimi dah mula mengenali banyak rangkaian produk Shaklee. Ada rezeki lebih, Aimi beli satu satu. Walaupun ekonomi tak berapa bagus untuk Aimi beli pukal, beli pun tengok bajet bulanan, tapi memang rasa sayang sangat nak tinggal Shaklee ni.

Nak start berbisnes punya lah malu nak upload gambar. ITU DULU.

Nak dipendekkan story nya, walaupun niat asal bukan kerana bisnes, satu-satunya supplement yang Aimi tak tinggal ialah Shaklee. Bila dah jatuh cinta, nilai sihat lebih dari segala-galanya.

Kalau korang nak kata sekarang ni Shaklee boleh bagi INCOME BESAR?

Sebenarnya SHAKLEE boleh bagi lebih daripada itu. Team Shaklee TERAMAT POSITIF. Sampai rasa malu nak luahkan perkara negatif. Secara jujur, sekarang ini walaupun Aimi belum mengecap bonus 4 angka daripada Shaklee, Aimi bersyukur Aimi dapat ilmu untuk diri. Aimi belajar bergembira daripada hal-hal yang kecil. Aimi belajar untuk menyayangi mentor. Aimi belajar untuk memberi. Sangat banyak hal-hal kerohanian yang diterapkan dalam hidup selepas kenal Shaklee.

Nikmat apa lagi yang harus ku dustakan?💓💓💓

I LOVE SHAKLEE.
SHAKLEE MENGAJARKU MEMBINA IMPIAN.



Continue Reading

KISAH CYST DAN B-COMPLEX

Assalamualaikum semua.

Laa ni aimi nak throwback sikit masa mula-mula pregnantkan Ayra. Memang Ayra, cahaya mata yang dinantikan selepas abang kembarnya. Umur kembar 2 tahun 3 bulan, aimi disahkan mengandung. Masa tu tertunggu-tunggu period,kenapa aih datang lambat. 

Dah syak pregnant tau, sebab tengok cermin rasa lain je badan nih. Masa tu memang rasa dah pregnant. Cuma blom cek lagi. Suatu hari, tengahari camtu balik dari tempat kerja memang terus cek. haha. DOUBLE LINE! Seronok weh.

Apa lagi dah tau pregnant, memang terus alahan. haha. Masa pregnant kali kedua memang alahan lama sikit. 6 months. Alahan yang TAK BOLEH TAK MAKAN. MESTI MAKAN. 😆😆

Dua kali pregnant, dua kali jugak terus ke KLINIK IDDRUSS CAWANGAN PAKA. Comfortable jumpa dengan Dr. Aini. Masa tengah-tengah scan, tiba-tiba doktor bagitau 'eh, awak ada cysts la'. Ya Allah, cuak gilerez tau time tu. Macam-macam tanya doktor, bahaya ke, besar ke. Tapi doktor cakap, kecil je dan tak menyekat laluan bayi.

Keluar dari klinik, masuk kereta, terus nangis. 

Husband tanya 'kenapa, kenapa, kembar lagi ke?

Haha, rasa nak cepuk!

Saya tahu, saya tak boleh stress. Sedikit pun tak boleh stress. Saya cari penyelesaian. Saya search apa yang boleh kasi cyst kecil dan hilang. One of my solution is amalkan pati delima. Time tu saya amal pati delima Gulsan.



Dan di samping tu, saya mula mencuba B-Complex Shaklee dengan niat boleh kurangkan tekanan untuk berfikir soal cyst dan juga perlu untuk kandungan saya.

Alhamdulillah setelah hampir sebulan konsisten, saya free daripada cyst. memang masa pergi checkup, memang doktor tak jumpa. Alhamdulillah.

Jom kita tengok apa dia B-COMPLEX ni?

Bcomplex ni vitamin larut air. ia takkan di simpan dalam badan. Jika berlebihan, ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Setiap hari kita perlukan B-Complex. Jika kekurangan ia akan sebabkan masalah saraf dan metabolisme badan.


Apa KANDUNGAN  B-COMPLEX?


  • B-complex mengandungi 8 jenis Vitamin B. 
  • B1, B2, B3, B6, Biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan  protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. 
  • Asid folik dan B12 pula meyokong pembentukan sel-sel darah merah dalam tubuh.

Apakah KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE?


  • membantu untuk fungsi normal saraf (sakit-sakit urat dan rasa menyucuk tu sesuai lah)
  • untuk metabolisme badan
  • memberi tenaga
  • cegah anemia dengan membantu penghasilan sel darah merah
  • galakkan perkembangan sel yang sihat
  • memberi ketenangan
  • elak stress
  • kuatkan antibodi badan
  • membantu pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat
  • membantu sintesis DNA dan sel-sel badan



WARNA URIN KUNING selepas makan B-COMPLEX?

Hehe. Sama dengan Aimi. Takut tengok urin, KUNINGNYA. jangan bimbang, itu normal. Itu disebabkan Vitamin B12 yang menyebabkan warna kuning. Banyakkan minum air, insyAllah urin akan kembali normal. 😉

Sekian dulu setakat ini perkongsian saya. Jumpa lagi tau!



Aimi Nasihah💔💔
Kedai Vitamin Sri Kerteh
SID No 1070643
No Tel 012-9862856







Continue Reading

Tuesday, November 21, 2017

SHAKLEE BABY in da house!!! yeay!

Assalamualaikum semua. 

Ada mommy-mommy yang nak bersorak tak? Alhamdulillah, produk daripada rangkaian produk Shaklee dah available buy online semalam 20 November 2017. Cuma tak sempat update sebab sakit kepala sangat, tak tau apa yang dipikir.

Kelakar jugak sebenarnya semalam. Dalam duk sakit kepala, duk pikir sales bulan ni dan apa yang nak buat lagi dan lagi, masuk dua order barang. Last two days pi sekolah buat  khidmat bantu, alhamdulillah masuk jugak order. Alhamdulillah. sikit-sikit takpe, saya jenis yang mudah happy walau sikit je.hihi.

Ish, nak cite pasal Shaklee baby sebenarnya ni ha..






Apa yang istimewa tentang Shaklee Baby?


  • Safe
  • Gentle
  • Organic
KENAPA SELAMAT ( safe) ?

Produk ini selamat digunakan kerana diformulasikan dengan bahan asli semulajadi dan selamat dan diuji secara klinikal dan pedriatik.

KENAPA LEMBUT (gentle)?

Ia sesuai digunakan oleh kulit sensitif serta formula yang tidak memedihkan mata. Juga hypoallergenic serta pH yang seimbang.


ORGANIK (Organic)?

Shaklee baby dihasilkan oleh bahan bahan yang semulajadi dan organik. Selain itu produk kaya dengan nutrien berasaskan tumbuhan.











STOK TERHAD TAU!😆

tu yang tak best tu. Stok adalah sangat-sangat terhad.


Aimi Nasihah
SID NO 1070643
No Tel 012-9862856

Continue Reading

Tuesday, September 26, 2017

Kebaikan GLA COMPLEX & bagaimana ia boleh membantu anda?

Assalamualaikum semua.

Sihat semua? Semoga kita diberi nikmat sihat hendaknya. Sehari dua ni agak sibuk dengan kerja dan line internet problem sikit, sebab tu bercuti daripada update blog dan di facebook pun jarang post entry.😊

Hari ni Cik Aimi nak share pasal GLA COMPLEX? Pernah dengar ke GLA COMPLEX?

GLA COMPLEX ni adalah kombinasi daripada minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA) dan minyak bunga matahari dan Vitamin E.




Antara kebaikan GLA COMPLEX:
  • Mengawal kencing manis
  • Membantu mengawal kitaran haid
  • Meningkatkan kesuburan
  • Membantu menangani menopause
  • menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
  • Membantu menangani ekzema
  • Mengawal paras kolesterol


VARIASI KEGUNAAN GLA COMPLEX



TESTIMONI GLA






Kita hanya berusaha dan merancang. Allah yang menentukan dan mengizinkan. Kalau anda berminat boleh direct sms atau whatsapp saya di talian 012-9862856. Anda boleh dapatkan terus produk ini daripada saya. 

Dan, kalau nak jadi Agen Shaklee pun boleh bagi tau ye. Lebih penjimatan bila jadi ahli Yuran keahlian hanya RM68 seumur hidup tau. Takde renew tiap-tiap tahun...😊





Continue Reading

Wednesday, September 20, 2017

MEAL SHAKE MENAMBAH SELERA MAKAN ANAK

Assalamualaikum semua.

Korang risau tak kalau anak-anak kurang makan? Aimi cukup risau kalau anak-anak kurang makan. Risau sampai pening tak tau nak buat macam mana.

Sebenarnya, ada jalan penyelesaian. MEAL SHAKES SHAKLEE. Boleh ke?

BOLEH.. PASTI BOLEH.

APA ISTIMEWANYA MEAL SHAKES?


  • Merupakan sarapan pagi yang cepat disediakan dan berkhasiat.
  • Meal Shakes juga mempunyai rasa yang lazat.
  • Rendah kolesterol, lemak dan sodium.
  • Meal Shakes juga hidangan segera untuk atlet.
  • Boleh menambah selera makan untuk anak.
  • Juga boleh membantu masalah eczema.
TESTIMONI MEALSHAKES


CARA PENYEDIAAN MEAL SHAKES

a) bagi kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun : 1 sudu kecil mealshakes
b) bagi kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun : 2 sudu besar mealshakes
c) Dewasa, yang berusia 13 tahun ke atas : 2 sudu besae mealshakes.

PERLU DIINGATKAN!!!

Jangan campur meal shakes dalam :

1) air panas
2) air bergas/ bikarbonat
3) air berkafein / Tea / Kopi

Bagi anak yang berumur 1 tahun ke atas, boleh campurkan dalam susu anak (jika menyusu botol), pastikan air berkeadaan suam sebelum masukkan meal shakes.


Continue Reading

Tuesday, September 19, 2017

TINGKATKAN IMUN SISTEM DENGAN NUTRIFERON

Assalamualaikum semua.

Pernah dengar NUTRIFERON? Mula-mula masa Aimi tak tahu apa benda NUTRIFERON ni kan, lepas tu tengok ramai orang share NUTRIFERON ni boleh tingkatkan imunisasi badan, masa tu berkobar-kobar nak tahu.

Sistem imun ni bertujuan melawan penyakit dan jangkitan yang mengancam kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin dan yang lain-lain yang merbahaya senang menyerang badan kita dan menyebabkan kita mudah jatuh sakit.

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

NUTRIFERON ADALAH PENGGALAK IMUNISASI PADA TUBUH.

Mereka yang mengalami masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakitt lambat sembuh, memang amat digalakkan untuk mengambil NUTRIFERON. 

SIAPA YANG PERLU AMBIL NUTRIFERON?
  • Mereka yang sering sakit, demam dan selsema.
  • Ibu yang menyusukan anaknya dimana anaknya demam atau sakit berpanjangan.
  • Mereka yang mengalami masalah imunisasi.
  • Mereka yang sering stress
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit
  • Mereka yang allergi atau eczema.

KANDUNGAN NUTRIFERON 


a) Biji labu - Mendorong pengeluaran interferon

b) Biji Plantago - mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang digunakan untuk merangsang sistem imun.

c) Bunga Safflower - Dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih.

d) Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle -  diguna pakai dalam perubatan Asia.

hebat-hebat kan kandungan dalam Nutriferon??


TESTIMONI PENGGUNA NUTRIFERON





Sebarang pertanyaan boleh terus hubungu saya,

Aimi Nasihah 
SID No : 1070643
No Tel : 012-9862856



Continue Reading

Monday, September 18, 2017

KELEBIHAN LECITHIN DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum semua.

Lama tak blogging, kalau dulu tak blogging sehari, memang rindu. Tapi bila dah berusia, perasaan malas tu sedikit sebanyak ada. Hihi. Takpe lupakan perasaan malas tu, bangkitlah bangkitlah!!!

So, hari ini cik Aimi nak kongsi info pasal LECITHIN. Tau tak apa Lecithin ni? Cik Aimi baru je berjinak dengan Lecithin ni selepas kelahiran cahaya mata ketiga. Kenapa? Sebab Cik Aimi sedikit tembam kerana berjaya menternak lemak masa pregnantkan si Ayra. 

.
Cik Aimi dah konsisten makan Lecithin sebanyak 4 botol, dan alhamdulillah dah terasa sikit-sikit nikmat makan Lecithin.



Actually, lepas bersalin Ayra , masa mula mula nak test baju nak masuk kerja, malam tu jugak cik Aimi nangis. SEBAB? SEMUA BAJU TAK MUAT. Itu lah, jual mahal konon baju muat, langsung tak test hari-hari sebelumnya. 👉👈

Semenjak itu, try ambik Lecithin dan Cinch. Ketara sangat perubahan. Walaupun masa tu kekangan masa untuk bersenam dan bersukan, Cik Aimi memang concentrate makan Lecithin. Alhamdulillah, dalam masa sebulan setengah, baju -baju lama kian muat. DIINGATKAN, KENA JAGA MAKAN JUGA! WAJIB. JANGAN SKIP MAKAN.

.
LECITHIN ni bagus untuk MENURUNKAN BERAT BADAN KITA dengan SELAMAT. Lecithin Shaklee ini berasaskan soya ye. Sebiji kapsul lecithin ni adalah 530 mg dan kita memerlukan 4000 mg sehari untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak-lemak dalam badan kita. 

Lecithin dinamakan sebagai 'PENGEMULSI SEMULAJADI' kerana mempunyai kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak-lemak ini terapung dalam darah serta mencegah daripada melekat di dinding membran.





APA KELEBIHAN LECITHIN NI YE ???? 😄😄😄

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga to 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  • Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka & perlukan Lecithin ni? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye.. memecahkan lemak).. Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian tau… Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.,
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  • Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter; di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca insomnia.
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg mempunyai alergi, hay fever, asma ,bronkitis dan emphysema.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  • Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BIKE.. BIKE ni fungsinya adalah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

kredit to: Saudari Irdayati Abdul Air (  http://yourhealthshoppe.blogspot.my )

.
.
Agak-agak hati 'terkesan' tak nak try LECITHIN SHAKLEE ni?

Cik Aimi tak payung saja saja tau. Benda best kena share. 😊

Murah ja Lecithin ni. HANYA RM 58.30!!!


BERMINAT?

Boleh hubungi Cik Aimi. No Tel : 012-9862856
Fb Page : Kedai Vitamin Sri Kerteh / Aimi Nasihah Zainudin



Continue Reading