Monday, October 19, 2020

MATA PANDA? Boleh try Youth Restoring Eye Treatment

Assalamualaikum.



Korang rasa terganggu tak kalau tengok mata korang ada lebam hitam bawah mata? Lebam hitam = lingkaran gelap. Ataupun nampak eye bag seketul bawah mata? Bagaimana korang nak hilangkan atau biarkan sahaja?

Aimi nak share satu produk berkaitan mata daripada Youth Skincare Shaklee iaitu YOUTH RESTORING EYE TREATMENT.

Apa itu Youth  Restoring Eye Treatment?




Kalau dulu kita ada krim mata Shaklee Enfuselle, tapi sekarang sudah di gantikan dengan Youth Restoring Eye Treatment yang diformulasi lagi baik dan lagi bagus.

Apakah fungsi krim mata?

Krim mata berfungsi untuk membantu menjaga kulit sekitar mata. Sebabnya kawasan mata adalah kawasan kulit yang sangat lembut, halus kulit. Makanya kulit jadi cepat nipis, kasar dan berkedut akibat kolagen yang makin berkurang dan sinaran uv matahari.

Krim mata dari Youth Restoring Eye Treatment Shaklee dihasilkan untuk membantu masalah yang sering dialami oleh kaum wanita.
  • Mengurangkan garis halus.
  • Mengurangkan kedutan, termasuklah kedut di sisi luar lipatan mata.
  • Mengurangkan mata sembap, mata panda dan lingakaran hitam.
  • Membantu menegangkan kulit sekitar mata.
  • Menghidrat kulit sekeliling mata yang sering kering.
  • Melindungi kulit sekitar mata yang mudah terdedah kepada pencemaran dan persekitaran.

Apa yang menariknya krim mata YOUTH  Restoring Eye Treatment produk Shaklee ini, dia ada buat kajian klinikal selama 28 hari ke atas 36 orang dengan menggunakan krim mata Youth ini selama 2 kali dalam sehari. Hasil kajian mendapati:
  • Garis serta kedutan di sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata berkurang dalam tempoh seawal 7 hari.
  • Mata sembap dan lingkaran hitam juga berkurang.
  • Menghilangkan kedutan mata termasuk menghidrat dan menegangkan.

Keistimewaan produk krim mata yang terbaik dalam Youth Restoring Eye Treatment dari Shaklee yang anda perlu tahu dan sentiasa ingat ialah:



Krim mata Youth Eye Treatment ini akan bertindak dengan 3 cara iaitu:

1-Memulikan
  • Campuran unik peptida mengembalikan sistem isyarat pada kulit sekitar mata dan menyokong penghasilan kolagen.
  • Melembapkan dengan cara mengekalkan air pada kulit.  
  • Menyerap hingga 1000 kali berat di dalam air bagi tujuan menjaga kelembapan kulit

2-Mengurangkan
Krim mata Youth Eye Treatment ini akan membantu mengurangkan masalah garisan halus, mata sembap, kedut, lingkaran hitam dan kedut yang ada di sisi luar lipatan mata.


3- Menyegarkan
Jika anda perasan ada 'cooling tip' untuk merangsang peredaran mikro bagi tujuan mengekalkan kesegaran mata, mengurangkan tanda merah-merah di bawah mata dan mengurangkan sekali mata sembap. Dah ada 'cooling tip' ni tak perlu dah guna timun, kentang atau uncang teh kat mata lagi! Best kan?😃😍


Cara menggunakan krim mata dari Youth Restoring Eye Treatment Shaklee.

1- Dengan 'cooling tip'
Picit tiub untuk keluarkan sedikit krim mats sebesar saiz mutiara ke atas 'coolong tip'. Guna 'cooling tip' untuk merata dan mengurut ke sekitar mata.

2- Dengan jari dan 'cooling tip' 
Picit tiub untuk keluarkan sedikit krim mats sebesar saiz mutiara ke atas 'coolong tip'. Guna jari manis dan titik krim mata Youth pada kawasan mata untuk dirawat dan gunakan 'cooling tip' untuk membantu meratakan dan mengurut krim mata ke sekitar mata.

Bila perlu menggunakan krim mata Youth Eye Treatment?

Anda boleh guna selepas pakai pencuci muka dan toner.

Di mana perlu digunakan krim mata Youth Eye Treatment ini?

Sapu krim mata di atas kelopak mata dan kawasan tulang kering dan di bawah mata sepanjang orbit tulang ke sudut luar kawasan mata.

Berapakah harga Youth Eye Treatment ini?

Harga Produk :  RM 242.75

Untuk penggunaan selama 60 hari.

Jom lihat testimoni Youth Eye Treatment.






Nampak kan kesan selepas menggunakan  Eye Treatment ini? Anda mahukan juga? 

Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada sebarang pertanyaan?
Hubungi Aimi:

Aimi Nasihah
COD Area : Kerteh / Paka / Kemasik
Pengeposan Seluruh Malaysia.
Continue Reading

Sunday, October 18, 2020

Bukan Sekadar Hobi : Jual Sandwich boleh Jana Pendapatan Sampingan

Ye betul. Serius, jual Sandwich boleh jana pendapatan sampingan. Aimi dah banyak cuba jual makanan tapi end up letih, rushing nak cod dan sebagainya. Start lepas PKP dalam bulan Julai, Aimi terfikir nak join class masakan. Tapi tak tahu nak join kelas apa. Banyak sangat kan kelas pjj sekarang ni. Tanya pada diri sendiri, "aku minat buat apa. Abaikan kalau minat aku sama dengan orang lain yang dah buat jualan".

Tiba-tiba terlihat iklan kelas PJJ Sandwich. 

Ah, not bad. Boleh cuba join kelas. Aku pun suka makan sandwich. Lagi pun senang je buat. 

Sebenarnya 'senang' , realitinya taklah senang sangat. Specialnya kelas PJJ ni ialah tips nak buat sesuatu.  Resepi boleh jer kita google tapi tips especially dari seorang yang pakar memang tak senang-senang nak dapat. 

Aimi pun ambil keputusan nak join Kelas PJJ dengan harga RM50. Alhamdulillah, dah balik modal yuran Kelas PJJ dah pun. 😀 Satu lagi masalah Aimi ialah, kesian dekat pelanggan kalau nak jual mahal. Dalam kelas ni, Aimi belajar nak kira kos bahan dan harga jual. Tetapi, ia bergantung juga pada kawasan samada bandar atau luar bandar dan senang atau tidak nak dapatkan bahan mentah.

Nak tengok hasil sandwich yang Aimi buat tak?




Mix (Sandwich dan Sushi Sandwich)





Agak payah nak dapatkan customer pada mulanya. Yang Aimi cuba buat masa mula-mula nak start ialah, edarkan tester buat rakan-rakan. Alhamdulillah, respon yang baik dan membina daripada rakan-rakan. Itulah permulaan Aimi dalam jualan sandwich.

Sepanjang tempoh jualan sandwich, Sushi Sandwich paling mendapat sambutan hangat. Pernah dalam seminggu,hari-hari berderet order masuk untuk Sushi Sandwich.  


ini dia Sushi Sandwich

Alhamdulillah. Aimi happy sangat buat sandwich. Walaupun untung tak banyak, tapi alhamdulillah boleh la menampung saat-saat emergency nak guna duit. Dalam seminggu boleh dapat dalam RM600++ sales. Bergantung atas jualan yang kita buat. 

Aimi rasa untung join kelas PJJ ni sebab ada support group yang sangat membantu memberi idea, nak cari kotak, nak kira kos, nak letak harga dan sebagainya. Aimi suka bisnes makanan, sangat suka sebab happy dengar feedback pelanggan, di samping itu nak menambah skill memasak. 

Tempting tak tengok sandwich ni? Hehe.

Btw, Aimi masih belajar. Disamping jual Shaklee, Aimi suka jual makanan dan buat sandwich box ni adalah satu terapi. 

Semoga bisnes sambilan ni terus bertahan dan mendapat tempat di hati pengguna. 

Doakan Aimi ye kawan-kawan!


Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada sebarang pertanyaan?
Hubungi Aimi:

Aimi Nasihah
COD Area : Kerteh / Paka / Kemasik
Pengeposan Seluruh Malaysia.
Continue Reading

Tuesday, October 13, 2020

Sijil Halal 2020

 Setiap tahun, Sijil Halal Shaklee akan diperbaharui. Terbukti, Shaklee sangat komited dengan kualiti dan kehalalan produknya.


Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).

Jadi, anda tak perlu risau untuk menggunakan produk Shaklee.Gunakan tanpa was-was.



Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada pertanyaan?

Hubungi Aimi :

Aimi Nasihah


COD Area : Kerteh/ Kemasik/ Paka

Pengeposan Seluruh Malaysia.


 

Continue Reading

HEALING CRISIS? Makan Supplement pun ada healing crisis?

Assalamualaikum rakan-rakan.

Korang pernah dengar tak orang sebut HEALING CRISIS atau Krisis Pemulihan? Kebiasaannya, kita akan dapat healing crisis ni bila menggunakan sesuatu produk yang baru. Contohnya skincare. Sebenarnya, bila kita start makan supplement, juga ada tindak balas ke atas badan kita sama ada kita akan rasa sihat atau sebaliknya. Atau pelbagai lagi tindak balas lain. Ini dinamakan HEALING CRISIS.


Aimi pun pernah mengalami healing crisis ni sewaktu awal-awal ambil Alfalfa dulu. First thing, kita jangan panic. Aimi tunggu dalam seminggu, dan lepas tu keadaan dah kembali seperti biasa. Time tu barulah faham "ooo..rupanya ini orang panggil healing crisis" 


APAKAH ITU KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses pemulihan, badan akan bertindak balas menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang tidak selesa. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

MENGAPA TERJADI KRISIS PEMULIHAN?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
 
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
 
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada  permulaannya , lebihan karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah  dibersihkan , paip akan menjadi cantik dan bersih semula.



ADAKAH KRISIS PEMULIHAN SUATU PETANDA YANG BAIK?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


ADAKAH SEMUA ORANG MENGALAMI TADA-TANDA DAN GEJALA YANG SAMA SEMASA KRISIS PEMULIHAN?

Semua orang adalah berbeza.

Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, ada juga yang akan terjadi selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza

Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


BERAPA LAMAKAH PROSES PEMULIHAN AKAN TERJADI?


Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik


Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersihrehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah, segalanya akan jadi mudah. 




Continue Reading

Saturday, October 10, 2020

Testimoni Set Kecantikan Shaklee



Sharing dari Fb Izaty Rosli..
_____________________________________________

Qila baru keluar daripada spa, baru lepas buat rawatan facial.

Kak Ijat kebetulan ada dekat spa, terus tegur Qila. Qila nak akak bantu Qila try makan set Shaklee,kami terus bertukar no untuk hubungi.

Kak Ijat pun whatsapp Qila, macam mana muka Qila boleh break out rupanya Qila salah pakai produk, mungkin produk tu tak sesuai untuk Qila.

Kak Ijat pun suggest,

Vit c untuk rawat luka dan boost kolagen
daripada dalaman

Esp untuk ganti sel kulit yang baru.

Vit e untuk hilang kan parut.

Alfafa untuk detox darah.

Alhamdulilah Qila start consume 14 Ogos tepat 15 September Qila share result.

MasyaAllah sangat improve skin Qila. Yang Qila paling konsisten Vit c dan ESP. Kak Ijat bersyukur sangat.

Kak Ijat faham perasaan Qila, Qila muda lagi bila muka jadi break out mesti rasa down.

Sekarang Qila pun dah join Shaklee untuk bantu ramai lagi yang ada masalah muka yang teruk. Qila akan share satu per satu cara pakai dan pengalaman semua.

Setiap masalah ada penyelesaian nya. ❤️

Much love
Izaty Rosli

Jom nak tengok tak 'wajah terbaru' Qila?

                            Ada perbezaan tak?
Continue Reading

Friday, October 9, 2020

Set Viva Vivix: Beg FREE siapa taknak?

MashaAllah.

Rugi tak grab set promo bulan ni. Sebab apa? Sebab dapat handbeg Exclusive ni. Sekali tengok macam Gucci punya. Pandang sekali lagi baru nampak S H A K L E E punya inspired by Gucci. He he.


Kalau plan nak surprise kan mak ayah dengan supplement kegemaran boleh sangat. 

Biasanya mak ayah kita yang dah berusia kat kampung tu lebih suka makan vitamin yang tak renyah, tak mau makan banyak-banyak. So boleh belikan Set Viva Vivix. 

Hanya minum sahaja. Itu pun hanya satu sudu kecil setiap hari. 

Dapat pulak sekali handbeg tu🥰

Boleh letak telekung solat atau pun apa-apa sahaja. 

Selain tu, dapat apa lagi?

✅Free membership
✅Free Postage
✅Cash Back

So macam mana? 

Nak hadiahkan untuk mak ayah? atau suami buat isteri? Boleh je. 🥰


Hubungi Aimi untuk dapatkan info lanjut mengenai Shaklee, harga istimewa dan konsultasi eksklusif Shaklee

Aimi Nasihah
SMS / Whatsapp :011-6177 9584
COD Kertehh/Kemasek/Paka
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, October 7, 2020

Bagaimana mengatasi RESDUNG? | Gejala Resdung

APA ITU RESDUNG?

Resdung atau Sinusitis ialah keradangan dan bengkak pada rongga sinus yang disebabkan oleh bakteria, virus, atau kulat. Rongga sinus ialah perlindungan tahap pertama (first line defense) kita dari jangkitan. Di sinilah tempat untuk keluarkan mucus dari badan.

APAKAH TANDA-TANDA GEJALA RESDUNG?

  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan Lesu
  • Kerap bersin
  • Gatal di hidung, mulut dan muka.
CADANGAN SET RESDUNG SHAKLEE

Terdapat 3 Pilihan set Resdung Shaklee. Jom kita tengok one by one.


Set Resdung Shaklee (Basic)

Cadangan Set Resdung Shaklee BASIC. 
Harga Retail untuk set ini RM154. 

1. Alfalfa Complex 

Terkenal sebagai Raja Tumbuhan kerana kandungannya yang sangat padat dengan vitamin, mineral, dan protin. Alfalfa dapt membantu mengurangkan alergi, keradangan, dan gatal-gatal.

Namun begitu, pesakit SLE / autoimmune / ibu hamil / G6PD / sedang mengambil ubat Warfarin / pil perancang kehamilan tidak digalakkan mengambil Alfalfa. 
  
Mengandungi 330 biji. Untuk kegunaan 1-2 bulan.

2. Vita C Plus

Vitamin C bersama Bioflavonoids yang mempunyai teknologi Sustained Release dan tinggi kadar penyerapan ke dalam badan. Meningkatkan fungsi sistem imun, bantu elak jangkitan, dan mengurangkan lendir (mucus). Dipercayai sebagai antihistamin semulajadi.

Mengandungi 180 biji. Untuk kegunaan 3-6 bulan.



Set Resdung Shaklee

Cadangan Set Resdung Shaklee POPULAR
Harga Runcit: RM 212.

3. B Complex

Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang PERLU untuk tubuh. Membantu kesihatan saraf, mengurangkan stress, meningkatkan antibodi, membantu fungsi sistem imun.

Mengandungi 120 biji. Untuk kegunaan 4 bulan.


Set Resdung Shaklee

Cadangan Set Resdung Shaklee OPTIMUM
Dengan pembelian set ini, anda serta merta layak menjadi ahli secara PERCUMA. Harga Runcit: RM 877, tetapi anda cuma perlu bayar RM 703 FREE Membership, FREE Postage. Jimat RM 249.


4. Nutriferon

Penggalak imun semulajadi yang dicipta oleh Pakar Imun dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. Terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan sistem imun. Menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. Membantu melegakan keradangan dan gatal-gatal.

Mengandungi 30 sachet. Untuk kegunaan 1 bulan ke atas (bergantung kepada penggunaan).

5. Vivix

Minuman sangat tinggi antioksida yang diperbuat dari ekstrak Anggur Muskadine dan bahan botani lain. Memberi perlindungan kepada sel dari peringkat DNA, jadi ia membantu mengekalkan kesihatan mucous membrane. Meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Meningkatkan sistem imun, mengurangkan keradangan, mengurangkan kekerapan demam dan selesema, melindungi dari jangkitan. 

Mengandungi 150 ml. Untuk kegunaan 1 bulan.


TESTIMONI SET RESDUNG SHAKLEE

"Selepas 10 tahun baru rasa macam boleh bernafas segar. Kenapalah dari dulu tak kenal benda alah ni"




"Fuhhh, aman hidup tak payah asyik nak spare tisu aje dekat tangan"



"Konsisten Vitamin C dan ESP"



Hubungi Aimi untuk dapatkan info lanjut mengenai Shaklee, harga istimewa dan konsultasi eksklusif Shaklee

Aimi Nasihah
SMS / Whatsapp :011-6177 9584
COD Kertehh/Kemasek/Paka
Pengeposan ke seluruh Malaysia








Continue Reading

Saturday, October 3, 2020

PROMO SHAKLEE OKTOBER 2020

 Assalamualaikum uolls..

Alhamdulillah, dah masuk Oktober dah. Aimi nak share promosi special bulan ni. Best sangat tengok promosi bulan ni, sebab apa nak tau tak?

Jom kita tengok one by one.


Vivix


Peminat Vivix atau 'bakal' peminat Vivix harus grab peluang ini. Harga retail Vivix untuk satu botol ialah RM475, jika korang grab set ini hanya RM760 untuk dua botol.
✅ Free Membership (worth RM35)
✅Free Postage
✅ Free 25 Anniversary City Bag
✅ Cash Back RM38

Set Hamil

Set Ibu Hamil  adalah set suppliment yang sangat recommended buat ibu yang sedang hamil. Hanya RM 412 dah dapat lengkap satu set. Jika dilihat dengan teliti, hampir sama dengan SET KESIHATAN dan SET BERSALIN DAN MENYUSU. Kan? 

Sangat jimat uolls. 

SET BERSALIN DAN MENYUSU


Set Pantang dan Menyusu


Set Kesihatan


Overall, kalau korang berminat nak grab mana-mana set promosi Oktober di atas boleh terus hubungi Aimi. Sangat berkenan dengan beg tu sebenarnya. Cantik sangat! Kan! 

Boleh hubungi Aimi di talian 011-6177 9584. 


FB Personal Aimi Nasihah














Continue Reading