Showing posts with label Pengedar Shaklee Kerteh. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee Kerteh. Show all posts

Monday, October 19, 2020

MATA PANDA? Boleh try Youth Restoring Eye Treatment

Assalamualaikum.



Korang rasa terganggu tak kalau tengok mata korang ada lebam hitam bawah mata? Lebam hitam = lingkaran gelap. Ataupun nampak eye bag seketul bawah mata? Bagaimana korang nak hilangkan atau biarkan sahaja?

Aimi nak share satu produk berkaitan mata daripada Youth Skincare Shaklee iaitu YOUTH RESTORING EYE TREATMENT.

Apa itu Youth  Restoring Eye Treatment?




Kalau dulu kita ada krim mata Shaklee Enfuselle, tapi sekarang sudah di gantikan dengan Youth Restoring Eye Treatment yang diformulasi lagi baik dan lagi bagus.

Apakah fungsi krim mata?

Krim mata berfungsi untuk membantu menjaga kulit sekitar mata. Sebabnya kawasan mata adalah kawasan kulit yang sangat lembut, halus kulit. Makanya kulit jadi cepat nipis, kasar dan berkedut akibat kolagen yang makin berkurang dan sinaran uv matahari.

Krim mata dari Youth Restoring Eye Treatment Shaklee dihasilkan untuk membantu masalah yang sering dialami oleh kaum wanita.
  • Mengurangkan garis halus.
  • Mengurangkan kedutan, termasuklah kedut di sisi luar lipatan mata.
  • Mengurangkan mata sembap, mata panda dan lingakaran hitam.
  • Membantu menegangkan kulit sekitar mata.
  • Menghidrat kulit sekeliling mata yang sering kering.
  • Melindungi kulit sekitar mata yang mudah terdedah kepada pencemaran dan persekitaran.

Apa yang menariknya krim mata YOUTH  Restoring Eye Treatment produk Shaklee ini, dia ada buat kajian klinikal selama 28 hari ke atas 36 orang dengan menggunakan krim mata Youth ini selama 2 kali dalam sehari. Hasil kajian mendapati:
  • Garis serta kedutan di sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata berkurang dalam tempoh seawal 7 hari.
  • Mata sembap dan lingkaran hitam juga berkurang.
  • Menghilangkan kedutan mata termasuk menghidrat dan menegangkan.

Keistimewaan produk krim mata yang terbaik dalam Youth Restoring Eye Treatment dari Shaklee yang anda perlu tahu dan sentiasa ingat ialah:



Krim mata Youth Eye Treatment ini akan bertindak dengan 3 cara iaitu:

1-Memulikan
  • Campuran unik peptida mengembalikan sistem isyarat pada kulit sekitar mata dan menyokong penghasilan kolagen.
  • Melembapkan dengan cara mengekalkan air pada kulit.  
  • Menyerap hingga 1000 kali berat di dalam air bagi tujuan menjaga kelembapan kulit

2-Mengurangkan
Krim mata Youth Eye Treatment ini akan membantu mengurangkan masalah garisan halus, mata sembap, kedut, lingkaran hitam dan kedut yang ada di sisi luar lipatan mata.


3- Menyegarkan
Jika anda perasan ada 'cooling tip' untuk merangsang peredaran mikro bagi tujuan mengekalkan kesegaran mata, mengurangkan tanda merah-merah di bawah mata dan mengurangkan sekali mata sembap. Dah ada 'cooling tip' ni tak perlu dah guna timun, kentang atau uncang teh kat mata lagi! Best kan?😃😍


Cara menggunakan krim mata dari Youth Restoring Eye Treatment Shaklee.

1- Dengan 'cooling tip'
Picit tiub untuk keluarkan sedikit krim mats sebesar saiz mutiara ke atas 'coolong tip'. Guna 'cooling tip' untuk merata dan mengurut ke sekitar mata.

2- Dengan jari dan 'cooling tip' 
Picit tiub untuk keluarkan sedikit krim mats sebesar saiz mutiara ke atas 'coolong tip'. Guna jari manis dan titik krim mata Youth pada kawasan mata untuk dirawat dan gunakan 'cooling tip' untuk membantu meratakan dan mengurut krim mata ke sekitar mata.

Bila perlu menggunakan krim mata Youth Eye Treatment?

Anda boleh guna selepas pakai pencuci muka dan toner.

Di mana perlu digunakan krim mata Youth Eye Treatment ini?

Sapu krim mata di atas kelopak mata dan kawasan tulang kering dan di bawah mata sepanjang orbit tulang ke sudut luar kawasan mata.

Berapakah harga Youth Eye Treatment ini?

Harga Produk :  RM 242.75

Untuk penggunaan selama 60 hari.

Jom lihat testimoni Youth Eye Treatment.






Nampak kan kesan selepas menggunakan  Eye Treatment ini? Anda mahukan juga? 

Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada sebarang pertanyaan?
Hubungi Aimi:

Aimi Nasihah
COD Area : Kerteh / Paka / Kemasik
Pengeposan Seluruh Malaysia.
Continue Reading

Sunday, October 18, 2020

Bukan Sekadar Hobi : Jual Sandwich boleh Jana Pendapatan Sampingan

Ye betul. Serius, jual Sandwich boleh jana pendapatan sampingan. Aimi dah banyak cuba jual makanan tapi end up letih, rushing nak cod dan sebagainya. Start lepas PKP dalam bulan Julai, Aimi terfikir nak join class masakan. Tapi tak tahu nak join kelas apa. Banyak sangat kan kelas pjj sekarang ni. Tanya pada diri sendiri, "aku minat buat apa. Abaikan kalau minat aku sama dengan orang lain yang dah buat jualan".

Tiba-tiba terlihat iklan kelas PJJ Sandwich. 

Ah, not bad. Boleh cuba join kelas. Aku pun suka makan sandwich. Lagi pun senang je buat. 

Sebenarnya 'senang' , realitinya taklah senang sangat. Specialnya kelas PJJ ni ialah tips nak buat sesuatu.  Resepi boleh jer kita google tapi tips especially dari seorang yang pakar memang tak senang-senang nak dapat. 

Aimi pun ambil keputusan nak join Kelas PJJ dengan harga RM50. Alhamdulillah, dah balik modal yuran Kelas PJJ dah pun. 😀 Satu lagi masalah Aimi ialah, kesian dekat pelanggan kalau nak jual mahal. Dalam kelas ni, Aimi belajar nak kira kos bahan dan harga jual. Tetapi, ia bergantung juga pada kawasan samada bandar atau luar bandar dan senang atau tidak nak dapatkan bahan mentah.

Nak tengok hasil sandwich yang Aimi buat tak?




Mix (Sandwich dan Sushi Sandwich)





Agak payah nak dapatkan customer pada mulanya. Yang Aimi cuba buat masa mula-mula nak start ialah, edarkan tester buat rakan-rakan. Alhamdulillah, respon yang baik dan membina daripada rakan-rakan. Itulah permulaan Aimi dalam jualan sandwich.

Sepanjang tempoh jualan sandwich, Sushi Sandwich paling mendapat sambutan hangat. Pernah dalam seminggu,hari-hari berderet order masuk untuk Sushi Sandwich.  


ini dia Sushi Sandwich

Alhamdulillah. Aimi happy sangat buat sandwich. Walaupun untung tak banyak, tapi alhamdulillah boleh la menampung saat-saat emergency nak guna duit. Dalam seminggu boleh dapat dalam RM600++ sales. Bergantung atas jualan yang kita buat. 

Aimi rasa untung join kelas PJJ ni sebab ada support group yang sangat membantu memberi idea, nak cari kotak, nak kira kos, nak letak harga dan sebagainya. Aimi suka bisnes makanan, sangat suka sebab happy dengar feedback pelanggan, di samping itu nak menambah skill memasak. 

Tempting tak tengok sandwich ni? Hehe.

Btw, Aimi masih belajar. Disamping jual Shaklee, Aimi suka jual makanan dan buat sandwich box ni adalah satu terapi. 

Semoga bisnes sambilan ni terus bertahan dan mendapat tempat di hati pengguna. 

Doakan Aimi ye kawan-kawan!


Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada sebarang pertanyaan?
Hubungi Aimi:

Aimi Nasihah
COD Area : Kerteh / Paka / Kemasik
Pengeposan Seluruh Malaysia.
Continue Reading