Tuesday, September 24, 2019

KHASIAT BUAH NONA YANG JARANG ORANG KETAHUI


Anda suka makan buah Nona? Dulu Aimi tak makan tau buah-buah yang susah nak dapat macam buah Nona dan Durian Belanda. Tapi sejak pregnant kali kedua, masa tu teringin nak makan durian belanda. Alhamdulillah, murah rezeki time tu. Ada lah dalam empat biji dapat makan dalam tempoh mengandung. Sejak waktu itu, Aimi sudah mula suka makan termasuklah buah Nona.

Buah Nona atau nama saintifiknya Annona Squamosa tergolong dalam famili Annonaceae mempunyai persamaan dengan durian belanda. Isi buahnya manis, wangi dan berwarna putih krim, lemak-lemak manis rasanya. Sedapnya, Ya Allah!!

Kebiasaannya, buah ni dimakan segar. Dah masak, petik dan makan. Rumah mak mertua memang ada ditanam pokok buah nona. Memang pantang sangat menantunya tengok kalau masak. Hahaha. Memang sedap. Buah nona ini merupakan sumber nutrien yang baik seperti zat besi, kalsium dan fosforus.


Jom kita lihat apa kebaikan buah nona ni:


    1. Merawat cirit-birit
    Tannin adalah suatu zat yang banyak terdapat di dalam teh. Buah nona yang masih muda juga mengandungi bahan-bahan ini. Adanya kandungan zat tannin membuat buah srikaya yang masih muda terasa sangat asam sehingga kadang rasanya agak pahit. Kandungan tannin dalam buah surikaya yang masih muda dapat dimanfaatkan sebagai ubat cirit-birit.

    2. Gangguan Pencernaan
    Kandungan tannin pada buah nona juga boleh dimanfaatkan untuk mengatasi masalah penghadaman seperti perut memulas, kejang pada saat haid, terlalu kerap kentut, susah buang air besar atau sering disebut sembelit serta penyakit disentri. Caranya dengan merebus tiga buah nona dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas air. Lalu diminum 2x sehari dengan sukatan setengah gelas.

    3. Mengatasi Penyakit Diabetes
    Kandungan lain yang terdapat dalam buah nona adalah magnesium. Zat ini dapat mengatasi penyakit diabetes yang sering kali ditandai dengan tingginya kadar gula darah hingga jauh berada di atas normal. Pada pesakit diabetes, kadar insulin hanya dihasilkan dalam jumlah yang rendah. Rendahnya kadar insulin akan menyebabkan glukosa tidak diserap oleh sel-sel tubuh secara maksimum. Kandungan Magnesium yang terdapat dalam buah nona diyakini dapat mengatasi masalah ini.

    4. Mencegah Penyakit Pernafasan Asma
    Penyakit asma merupakan penyakit pada saluran pernafasan yang dialami dalam jangka masa yang lama. Keradangan dan penyempitan saluran pernafasan yang menyebabkan sesak dan sukar untuk bernafas adalah tanda-tanda penyakit asma. Vitamin C yang termasuk salah satu antioksidan yang terkandung dalam buah nona dapat mencegah terjadinya asma. Selain mencegah, antioksidan yang ada di dalam buah nona juga bermanfaat untuk menangkis beberapa penyebab kambuhnya penyakit asma.

    5. Menurunkan Kadar Kolestrol
    Kolestrol terbahagi menjadi dua, yakni kolestrol jahat dan kolestrol baik. Kolestrol jahat adalah yang selalu menjadi masalah kesihatan hingga timbulnya penyakit pembuluh darah arteri, stroke hingga kegagalan pelbagai organ dalam tubuh. Buah nona mengandungi zat niasin yang dapat menurunkan kadar kolestrol jahat di dalam tubuh. Makanlah buah nona secara teratur untuk mendapat manfaat niasin.

    6. Kurangkan Tekanan Darah Tinggi / Hipertensi
    Tekanan darah tinggi / tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti penyakit jantung dan stroke. Hipertensi biasanya ditandai dengan sakit kepada berat, bahu terasa kaku sehingga muka kelihatan kemerahan. Penyakit ini biasanya dialami oleh orang yang usianya sudah lanjut. Kandungan zat potassium yang terdapat dalam buah nona dapat bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah.

    7. Mencegah Penyakit Jantung
    Seperti yang disebutkan sebelum ini, kandungan zat-zat yang ada di dalam buah nona boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan juga kadar kolestrol dalam tubuh. Terjaganya tekanan darah dan kadar kolesterol tentu akan membuat kemungkinan penyakit jantung semakin rendah dialami oleh orang yang rajin mengambil buah nona. Selain itu, buah nona juga mengandungi vitamin B yang juga berperanan dalam mencegah perkembangan homocystein. Homocystein adalah salah satu protein asid amino yang dihasilkan tubuh daripada hasil sampingan daripada daging yang kita makan. Kekurangan beberapa vitamin seperti vitamin B boleh menyebabkan homoscytein dihasilkan dalam jumlah besardan menyebabkan kolestrol di dalam arteri yang nantinya dapat menyebabkan penyakit jantung.

    8. Membantu Menjaga Kesihatan Tulang dan Gigi
    Zat magnesium dan potassium sangat diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Dengan mengambil buah nona secara teratur maka kita juga akan mendapat manfaat baik yang boleh diperolehi daripada kandungan magnesium dan potassium di dalam buah nona ini. Makanan penunjang yang dapat kamu pengambilan untuk menjaga tulang dan gigi antara lain: susu, susu badam, kuning telur dan keju.

    9. Membantu Menjaga Kesihatan Mata
    Mata merupakan organ penglihatan yang mengesan cahaya sehingga kita dapat melihat indahnya dunia. Mempunyai mata yang sihat tentulah keinginan setiap orang. Gaya hidup yang tak lepas dari melihat skrin telefon pintar, leptop, computer hingga televise boleh menyebabkan mata kurang sihat. Zat vitamin dan riboflavin yang terdapat pada buah nona boleh bantu menjaga kesihatan mata.

    10. Menyembuhkan Bisul
    Ia merupakan unjuran merah pada kulit yang kadangkala mengandungi nanah dan terasa sakit. Benjolan ini kerap muncul kerana jangkitan bakteria. Buah nona juga dapat kamu jadikan ubat untuk menyembuhkan bisul. Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu menghaluskan buah nona lalu mencampurkannya dengan sedikit garam halus. Hasil campuran ini kamu oleskan pada bisul maka bisul akan segera sembuh.
Kalau korang dapat peluang merasai sendiri buah nona ni, jangan lepaskan peluang tau.
Continue Reading

Monday, September 23, 2019

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA.


Benar.


Sebenarnya, Aimi tak pernah terfikir nak stop breastfeed bila. Dan masih tak terfikir dapat menyusukan Umar sehingga saat ini. Saya pandang ia satu pencapaian yang besar sebab pengalaman sebelum ini saya tak pernah bersungguh menyusukan anak-anak. Maybe.
.
.
Dan selepas quit kerja hakiki setahun yang lepas (sebelum expecting), saya berazam lepas ni kalau pregnant lagi nak full breastfeed anak. Itulah mind-set sebelum dan sehinggalah melahirkan. Alhamdulillah Allah makbulkan.
.
.
Setiap perjalanan menyusukan anak tidak lah mudah. Saya kena jaga diri dan makan nak make sure anak dapat zat mencukupi, tak kembung perut dan sebagainya. Saya tak diet, saya cuma jaga apa yang masuk ke mulut saya sebab itu lah yang saya salurkan kepada anak saya.
.
.
Dulu mungkin saya tidak me'motivasi'kan diri sendiri. Sekarang saya kena cari bahan peluntur nak basuh diri secukupnya.
.
.
Bila decide nak susukan Umar sepenuhnya, ada yang tidak percaya saya boleh. Mungkin sekadar beromong kosong. Tapi saya kuatkan semangat . Takpe, selagi Umar nak, selagi itu mama boleh buat. Fikir yang baik-baik sahaja.
.
.
Lepas dah terbiasa 'Umar nak, mama selak' haha, so tak terfikir eh eh hampir setahun nak susukan Umar. A big achievement for myself haha.
.
.
Sekarang ni kalau ikutkan demand si Umar ni, memang melampau pulak. 😜 Sebab tu saya jaga sangat tak mahu dia terjaga pagi-pagi, sebab kalau ikutkan dia ni, mahu sampai jam 10 pagi duk mengempeng je. Jawab nye asyik tertido la mama ni.
.
.
Menyusu ni buatkan lebih rasa mengantuk tau. Sebab ada hormon yang dirembeskan tu akan memberikan rasa ketenangan dan seakan ubat pelali. Hihi. Sebab tu anak tidur, mak pun tidur sekali. 

.
Dan tidak dinafikan #setmenyusushaklee memudahkan journey penyusuan saya. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Asbab pengambilan supplement memang membantu saya. Bukan nak kata 'kena' ambil supplement Shaklee untuk susu banyak, tetapi setiap apa yang kita buat untuk diri kita insyaAllah akan dapat kebaikan daripadanya. Allah pandang setiap usaha kita. 😍
.
.
Alhamdulillah sekarang masih Allah izinkan untuk memberi yang terbaik buat si kecil Umar. Semoga susu ibu yang mama bekalkan cukup nutrisi dan zat.
.
.
Ish, kalau nak ikutkan dia ngempeng ni mahu kul 12 baru nak bangun. Lepas dia lena sikit ni, cepat-cepat saya alihkan ke dalam buaian, kasi tidur lebih sikit lagi. Hihi.
.
.
Dan satu saya selalu ingatkan pada diri, selalu fikir yang positif dan berbaik sangka dengan Allah. Ia akan ajar diri kita terima semua yang terjadi tanpa kita menuding jari kepada sesiapa pun. Yakin Allah akan bantu kita. Bagi ibu yang sedang struggle menyusukan anak, sentiasa minta dengan Allah supaya Allah mudahkan perjalanan kita memberikan yang terbaik buat si kecil.
.
.
Sedikit info mengenai Set Menyusu Shaklee.

SET MENYUSU SHAKLEE = ESP + ALFALFA
APA KELEBIHAN ESP?

✔ESP membantu cantikkan kulit
✔ESP membantu mereka yang ingin diet dengan memberi kekenyangan dengan lebih lama.
✔ESP membantu memberikan tenaga.
✔ESP akan membaiki tisu yang rosak
✔ESP membantu mereka yang ingin hamil.

KELEBIHAN ALFALFA:

✔membantu mereka yang mengalami masalah keputihan
✔milk booster
✔menyingkirkan toksin
✔meningkatkan hubungan intim
✔ Alfalfa membantu dalam menyeimbangkan paras ekstrogen dalam badan anda.
✔Menurunkan paras kolesterol
✔Mengurangkan bau mulut dan badan
✔Membantu mereka yang ada masalah resdung


So kepada anda, ibu-ibu diluar sana yang mempunyai masalah dalam menyusukan anak, first anda kena set mind betul-betul. Abaikan segala statement negatif masyarakat atau kaum keluarga dan rakan-rakan. Dan jika perlu supplement untuk membantu journey penyusuan anda, anda boleh pilih yang terbaik untuk anda.

Saya pilih SET MENYUSU SHAKLEE. Semestinya. 

Continue Reading

Wednesday, September 4, 2019

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2019

Alhamdulillah selamat tiba di bulan September.Seperti biasa Shaklee akan ada promosi setiap bulan, begitu juga dengan bulan ini.

Tapi special sikit bulan ini sebab Shaklee ada promosikan new product tau!

Ok jom Aimi terangkan pasal promosi bulan ini.


✅PROMO #1 : Nutriferon (Immune Booster)

Beli Twin Pack Nutriferon (2 kotak) = diskaun 5% = RM 361 sahaja

Dengan pembelian ini, bermaksud anda cuma membelanjakan 1 kotak Nutriferon dengan harga RM 180.50.

atau

Beli 4 Twin Pack Nutriferon (8 kotak) = diskaun 5% + FREE 1 kotak Nutriferon + FREE Membership + FREE Postage = RM 1,155 + Cashback RM 88.

Dengan pembelian ini, bermaksud anda cuma membelanjakan 1 kotak Nutriferon dengan harga RM118.55!

Jimat kan? Harga jauh lebih murah.





✅PROMO #2 : YOUTH Perfect Pair (Moisture Lock Day Cream + Moisturizer SPF 50)

Inilah produk terbaru Shaklee --> Moisture Lock Day Cream.





Dua item ini (Moisture Lock Day Cream + Moisturizer SPF50) boleh dibeli dengan harga RM 373.75.




✅PROMO #3 : YOUTH Mask

Dengan setiap pembelian Youth Mask Set (mana-mana 2 mask) dengan harga RM 297, anda juga akan dapat:

✔️FREE YOUTH Facial Brush untuk mudah guna mask ini

✔️FREE YOUTH Beg Organza

✔️FREE Kad cara penggunaan YOUTH Mask



.
✅PROMO #4 : Shaklee Welcome Set


Shaklee menawarkan 3 set promosi istimewa untuk anda yang ingin menjadi ahli baru Shaklee. Semuanya akan mendapat FREE Membership dan ditawarkan dengan harga jimat 10% dari harga ahli sedia ada! WOW❗️

Boleh pilih sama ada anda mahu Welcome Set Vivix / YOUTH / Daily Essential.





Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh terus je whatsApp Aimi ye.Just klik link www.wasap.my/60129862856

InsyaAllah segala pertanyaan akan direply dalam masa 24 jam
Continue Reading