Tuesday, August 20, 2019

Testimoni : Youth Skincare Shaklee

Assalamualaikum semua.

Aimi kongsikan testimoni daripada ibu upline Aimi sendiri yang telah menggunakan Youth Skincare.

"Sejak 2017, kulit Ummi Nad start jadi macam gambar di sebelah kiri tu. Kulit Ummi Nad sebelum ni cerah dan tak bermasalah sangat.

Mungkin asbab makan ubat TB, dan kesan pemakaian skincare yang claim semulajadi tapi tak berapa semulajadi, dia jadi macam tu. Pakai skincare tu pula ada lah dalam 30 tahun. Memang setia dan konsisten sungguh Ummi Nad ni.

Birthday Ummi Nad tahun lepas, Nad hadiahkan Youth Skincare yang masa tu baru je dilancarkan.

Memang ambil masa skit bila pakai skincare yang totally semulajadi, bebas 1500 bahan kimia bahaya, dan ambil masa 8 tahun R&D ni.

Along the way tu, banyak juga cabaran. Nad kena beri motivasi pada Ummi Nad supaya terus konsisten dan believe in Youth Skincare. Almaklumlah skincare baru untuk Ummi selepas 30 years.

Orang kata jeragat ni susah sangat nak hilang kan?

Alhamdulillah now berbaloi dah semuanya. March 2018 - now guna Youth. Molek dah kulit Ummi. Sekata dan cerah "


Youth Skincare idaman ramai.

Continue Reading

Monday, August 19, 2019

Awet Muda dengan Shaklee

Teruja gilerez (hiperbola) tengok picture bawah ni.
Jelesnya!
Orang muda pasti cantik, fikirku. Sebab ku dah masuk 'warga emas'.
Tapi bila tahu umurnya ku laaaagi jeles.
Ku rasa ku yang tuaaa pulak.😂😂
Akak ni dah berumur 50 tahun tapi kulit muka dia flawless, cantik sangat dowh!
MashaAllah. SubhanAllah.
Korang bila tengok orang cantik mesti nak selongkar kan dia amalkan apa sampai cantik dan awet muda lagu tu kan?

GLA Complex
Vita C
Omega Guard

Yes! Of course she is the one of Shaklee lover. Yang ni buat i berkobar nak consume tanpa culas ni.
Kena start sekarang (sebenarnya harus dari dulu lagi) untuk kelihatan seperti ini.

Muda dan sihat.

Kakak umur 50 tahun jeles tak?

Adik umur 33 pun jeles tau.

Jom bershaklee!😊
Continue Reading

Wednesday, August 7, 2019

Friday, August 2, 2019

Kejar Buat Amal Walau Sedikit.


Salam Jumaat penuh barakah.
Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan kasih sayang Allah SWT. Aamiin.
Hari ini Aimi nak kongsikan manfaat membaca surah Al-Kahfi.
Mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan.
Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.
Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.
Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.
Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.
Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.
:daripada sumber my Metro>>Addin
Marilah sama-sama kita perbanyakkan amal. Semoga perkongsian ini beroleh kebaikan bersama, kita kejar buat pahala sama-sama. Kejar walau sedikit. :-)
Continue Reading