Tuesday, July 30, 2019

Surirumah "terpilih".

Orang perempuan yang Allah pilih dia duduk rumah perlu bersyukur. Allah pilih sebab nak bagi pahala  tanpa bersusah payah keluar dari rumah.

Dia redha "lepaskan" suami jihad, buat dakwah, cari nafkah halal pahala itu pun dia dapat.

Nak pujuk hati ni payah sebab emosi sendiri macam roller coaster.

Dipetik dari kata seorang ustazah.

Bersabarlah. Sesungguhnya ia didik diri jadi lebih baik.

Duduk rumah jaga anak sendiri ajar diri faham bagaimana pengasuh boleh jaga dan sabar kerenah anak kita. Walhal mereka pun terasa penat, juga kadang beremosi.

Kita jaga darah daging sendiri, anak yang keluar dari rahim kita sendiri pun dah mengeluh letih, mereka apatah lagi. Kadang-kadang mereka jaga lagi better dari kita. Kita ni, bila anak tak tido, nak masak tak boleh, dah moody marah- marah.

Allah hantar ilham, jentik diri. Supaya sentiasa ingat. Supaya sentiasa rasa syukur dengan kerenah anak- anak.  Supaya sentiasa sabar. Sebab Allah nak bagi kita pahala berganda.

Di saat kita terasa berat, ingatlah Allah takkan bebani seseorang di luar kemampuannya.

Aimi Nasihah
Mama yang banyak kekurangan.

Continue Reading

Thursday, July 25, 2019

Kejutkan Anak Bangun Tidur Tanpa Drama

Cabaran terbesar di awal pagi ialah ketika mahu kejutkan anak-anak untuk bangun pagi. Nak kejutkan anak tanpa anak meragam pun ada caranya.

Bagi ibubapa yang menghadapi kesulitan untuk mengejutkan si manja di awal pagi, dikongsikan tips mengejutkan anak-anak untuk bangun tidur dengan mudah dan gembira ;

# PERSEDIAN SEBELUM TIDUR

Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.

# TIDUR DENGAN BAHAGIA

Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Beri dorongan denganmenjelaskan bahawa guru-guru dan kawan-kawan pasti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas.Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur beserta surah Al-Muawwizat (3 Qul).Elakkan konflik sebelum tidur. Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.Ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), selitkan juga doa ibuayah dan programkan minda si manja untuk mereka mudah bangun awal untuk ke sekolah.Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, minimakan kelantangan bunyinya.

# KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG

Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik.Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur.

Usap kepalanyasambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendamdengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu. Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :

DILARANG meninggikan suara.DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.DILARANG menyimbah air.DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan ibubapa untuk mengejutkan si manja di awal pagi dengan lebih tenang. Sekiranya si manja terus-terusan meragam dan liat untuk bangun di awal pagi, laluilah ia dengan sabar dan positif. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza mengikut perkembangan masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Sumber dari www.excelqhalif.com

Continue Reading

Tuesday, July 23, 2019

Hanya Dengan RM2.10 pun boleh bahagiakan hati anak.

"Mama, esok ayah dapat gaji kan?"

"Ye. Kenapa?"

"Boleh apa bila ayah dapat gaji?"

"Tak boleh apa pun. Abang nak apa?" Mama test dia pulak.

Hero kembarku tersenyum macam kerang busuk pagi tadi. Mesti ada sesuatu kalau tak, takkan tanya macam tu sekali.

"Nak beyblade"

Haa, itu dia jawapan di sebalik hati nurani. Rupanya itu yang dia mahu.

"Tak makan durian pun semalam, mana boleh beli beyblade".

Dua-dua tersengih lagi. Memang semalam Aimi buat challenge, siapa dapat habiskan seulas durian, Aimi belanja beyblade.

Nampak challenge biasa je, tapi Aimi sengaja buat macam tu sebab diorang dua beradik memang tak makan buah kecuali pisang. Itupun kalau digoreng atau dibuat cekodok pisang.

Memang untung sokmo lah mama dan ayah musim buah ni sebab tak payah berebut nak makan dengan anak tapi tak best lah. Nak jugak feel "berebut" seulas dua.

Tapi nak diceritakan begitulah anak-anak. Kalau berjanji mesti dikotakan. Jadi, jangan berjanji apa yang tak boleh kita tunaikan. Tapi pasal beyblade berjanji jika boleh habiskan durian je. Gagal means takde beyblade.Hehe.

Memang kita boleh beli apa sahaja kemahuan diorang tapi keperluan rohani mereka wajar diutamakan. Tak kisahlah bekerja atau tidak, sebenarnya itu bukan alasan. Anak suka kalau kita cakna pasal mereka.

Kita sebagai parents cuba stop tengok gadget sekejap jika mereka cuba nak bercerita pada kita. Dengar dan respon. Puji bila mereka buat sesuatu yang membanggakan. Contohnya begini;

" Mama, tadi kat sekolah syar boleh baca sampai habis. Esok boleh baca yang baru"

"Bagusnya anak mama. Nanti kena rajin baca lagi, boleh sama dengan abang."

Kalau ada anak kembar satu keuntungan sebab depa bersaing sesama sendiri. Tapi Aimi tak boleh suruh si adik terang-terang supaya lagi hebat daripada abang. Bagi si adik capai tahap dengan si abang.

Kita sebagai ibu bapa kena letakkan diri kita sebagai anak-anak kita. Apa yang kita rasa kalau kita abaikan mereka. Abai bukan sahaja yang kita nampak pada mata kasar seperti tak bagi makan, tak uruskan pakaian, biarkan berhingus dan sebagainya. Penuhi keperluan emosi.

Bagi yang bekerja, pulang awal dan ambil mereka dari taska atau sekolah. Mandikan mereka, sediakan makan, duduk makan bersama. Tanya pasal sekolah dan mungkin boleh selitkan nasihat.

Hujung minggu, kita kena rangka nak buat apa dengan anak- anak. Ajak pergi taman, kemas rumah, ajak masak ke. Lakukan sesuatu yang lain dari rutin mereka.

Jaga keperluan emosi mereka, insyaAllah akan terjaga semuanya.

Letih tu biasa, tapi apa salahnya kita korbankan sikit masa mengadap hp kita tu demi anak-anak.
Aimi pun sedaya upaya belajar dan latih diri untuk jadi ibu terhebat buat anak- anak Aimi.

Silap itu biasa, yang penting kena ada usaha nak baiki diri kita sebagai ibu.

Anda lakukan ini, anak- anak akan sentiasa ingat sampai mereka dewasa. Binalah kenangan indah semasa mereka kecil.

Bawak jalan-jalan pergi kedai Eco pun diorang dah happy lain macam tau.


Continue Reading

Sunday, July 21, 2019

Anak Perlukan Perhatian, Bukan Kemewahan


Anak Selalu Kacau?
Antara sebab anak suka kacau kita kerana dia merasakan kita kurang bagi ATTENTION pada dia
Kenapa?
❌ Kerana jasad fizikal kita bersama anak tetapi fikiran dan fokus kita di tempat lain
Jadi mulai hari ni :
✅ Cuba ambil masa 15 minit untuk fokus 100% pada anak kita
✅ Senyum bila anak kita senyum, respon bila anak kita tanya & bermain bersama sama mereka
" Anak tak kisah pun aktiviti apa yang kita bagi mereka buat, asalkan fokus dan perhatian kita ada bersama sama mereka "
Credit to : Taufiq Razif
Jom ubah diri!

Continue Reading

Thursday, July 18, 2019

Amalan Simple Tapi Impaknya Besar

Assalamualaikum.

#Sebenarnya ini posting pagi semalam, tetapi line internet buat hal, jadi terpaksa install blogger app dalam handphone#

Alhamdulillah. Kita masih lagi dipinjamkan nyawa hari ini dan salah satu matlamatnya ialah untuk beribadat kepada Allah.

Pagi ni Aimi nak kongsi tentang amalan rohani yang ringkas dan simple yang kita boleh amalkan sehari-hari. Sambil kita buat kerja hakiki, kita boleh amalkan. Sebenarnya hebat tau kalau seseorang boleh buat dn jadikan amalan. Biar sedikit tapi berterusan

Jom kita lihat apa amalan simple tapi insyaAllah boleh membawa perubahan dalam hidup kita.


1) Beristighfar 100 kali, berselawat 100 kali dan berzikir La Ila Hail Lallah 100 kali. Amalkan sekali sebelah pagi dan sekali sebelah malam. Jadikan ini amalan rutin.

2) Berjalan kaki setiap pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit sambil berzikir nama-nama Allah seperti berikut:
  • Ya Aziz – Membawa maksud ‘Yang maha perkasa’. Ulama menyatakan barang siap sering memgamalkan zikir Ya Aziz ini setiap pagi sebanyak 41 kali, nescaya akan dicabut rasa gementar atau takut pada orang lain atau makhluk lain.
  • Ya Muhaimin – Membawa maksud yang Maha Memberi Perlindungan. Diberitakan bahawa sesiapa yang megamalkan zikir ini 115 kali selepas tiap kali mandi, Allah akan membuka perkara yang terlindung dari orang lain yang membuatkan kita tahu apa yang orang lain tak tahu.
  • Ya Rahman, Ya Rahim – Membawa maksud Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengampun. Jika diamalkan sebanyak mungkin Allah akan lepaskan dirinya daripada perangai lupa dan lalai. Jika dibaca sekurangnya 100 kali sehari, Allah akan jadikannya orang yang disenangi oleh manusia lain.
  • Ya ‘Aliim – Membawa makna Yang Maha Pengetahui
  • Ya ‘Alimal Ghaibi – Yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib. Jika diamalkan zikir no.4 tadi lalu disambung pula dengan yang ini, Allah akan membuka pintu Kasyaf dalam hati anda dengan mengetahui dan melihat perkara yang tidak diketahui dan dilihat oleh orang lain.
3) Solat dhuha setiap pagi sekitar pukul 8.30 ke 9.30 pagi dan berdoa.

Surirumah atau yang bekerja boleh amalkan. 

Percayalah, amalan ini nampak simple tapi boleh ubah diri kita, boleh ubah hidup kita.

Sentiasa lakukan perubahan dalam hidup sehari-hari tak kira besar atau kecil. Mulakan dengan yang kecil mana tahu boleh berikan impak yang besar kepada keluarga kita especially attitude kita.

Selamat beramal rakan-rakan.


Continue Reading

Wednesday, July 17, 2019

Anak Sulung bukan untuk dipinggirkan.

Assalamualaikum semua.

Semalam satu hari takde internet kat rumah. Ada gangguan line YES. Alhamdulillah hari ni dah kembali pulih kalau tak nak cari pengganti dah. Hehe. Anak-anak Aimi dah mati kutu sebab televisyen kat rumah ni memang 100% bergantung pada internet. Rumah kami dah lama takde Astro dan seumpamanya.

Terkejut semalam anak Aimi yang sulung (yang sulung twin), Abang Amsyar cakap begini;

"Mama, dulu kan masa mama kerja, mama tinggal Syar kat rumah cikda. Syar rindu kat mama"

Tiba-tiba dia cakap macam tu. Mungkin nak express perasaan dia sebab petang tu Aimi bawak pergi taman permainan dan layan dia nak pergi kedai. Mungkin dia rasa gembira.
One thing, Amsyar ni anak yang mudah express perasaan dia. Tak macam abang kembarnya, Faiq.

Bagi Aimi dua-dua anak sulung ni alhamdulillah menyenangkan. Sangat membantu dan mudah dibentuk.


Muhammad Rahman Faiq
Muhammad Rahim Amsyar
Ayra Nur Hana

Anak sulung ni special tau. Bagi Aimi, anak sulung Aimi lagi special sebab terus Allah bagi dua. Walaupun mereka dah besar, mereka masih perlukan PERHATIAN, PUJIAN, PENGHARGAAN, PELUKAN SERTA FOKUS .

Aimi hanya boleh spend masa dengan diorang sebelah pagi. Sebelum pergi sekolah. Peluk dan sekali sakala buat self affirmation. 

Balik sekolah, tanya makan apa dan aktiviti sekolah. Biasanya time ni memang macam-macam cerita daripada diorang. Bersabarlah. Sebelum tidur juga bagus kalau kita lebih fokus kat anak sulung kita ni. Aimi jarang spend masa waktu malam sebab utamakan baby yang nak tidur. Tapi jika berkelapangan especially ketika ayah diorang kerja shif malam, Aimi akan usap kepala dan bagi tau semua benda yang positif yang mereka kena amal dan buat. 

Walaupun kita dah beranak pinak, anak sulung bukan untuk diabaikan. Hargai mereka dan sayangi mereka seolah-olah mereka masih kecil.



Continue Reading