Thursday, November 30, 2017

BADAN DAH GEMUK, CAMNE MAHU TURUN BERAT NI?

Assalamualaikum & hi semua..

Pernah hati Aimi terdetik tau, "Biar nampak gemuk/ besar, asalkan jangan nampak seksa". Perempuan ni memang sangat-sangat sensitif bila ditegur pasal berat badan. Bila pakai jubah, dikatakan pregnant. Bila orang cakap kita pregnant, kita beranggapan orang akan cakap kita gemuk.

Alahai perempuan..!

Kenapa berat badan susah nak turun?

Sebabnya:

1) Pengambilan air soda. Air soda ni atau air bikarbonat memang tinggi kandungan gulanya. Dalam segelas minuman soda ada 65 kalori. Kandungan kalori yang tinggi itu tidak akan membuat anda kenyang sekalipun.

2) Tidak bersarapan. Nak kurus, jangan skip breakfast. Wajib breakfast. Ada orang cakap, breakfast like a king. Seseorang yang melambatkan sarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. So guys, takde istilah diet kalau skip sarapan pagi.

3)Kurang minum air putih. Kajian menunjukkan mereka yang minum 2 gelas air sebelum makan akan membuat berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.

4) Makan ketika tertekan atau stress. Haha. yang ni betul tau. Bila stress je, akan cari kek, akan cari kerepek. Jika keinginan untuk makan makanan yang manis ketika stress, anda boleh elak dengan senaman atau pun tidur terus.

5) Malas bersenam. Yang ni memang majoriti orang kita malas nak bersenam. Kurus nak, tapi malas nak exercise. Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan, tetapi tidak mungkin mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman.😊

Got it?!

Ayuh, kita amalkan cara hidup sihat, so kita boleh kontrol berat badan kita.

Happy happy saja!😉😉
Continue Reading

Tuesday, November 28, 2017

Skincare daripada Shaklee-------> YOUTH

Assalamualaikum semua readers yang disayangi.

Ada ke tak?

Alhamdulillah. Hujan turun dari semalam lagi di bumi Kerteh ni. Rasa liat dan malas nak pergi kerja. Hihi.

Semalam Aimi dah janji kan nak share pasal YOUTH ni. Sebenarnya Aimi dah lama tak pakai apa-apa di wajah selain pencuci muka. Sekarang pakai BioEssence-Bird Nest. Terfikir ni nak pakai skincare apa ye. Memang nak try Nutriwhite atau Enfuselle dari Shaklee, tup-tup dah takde dan nak keluarkan YOUTH pulak.

Actually tak sabar nak guna dan kena standby awal-awal duit tau..haha. InsyaAllah, rezeki takkan pernah terputus untuk mereka yang rajin berusaha. **senyum sikit**

Shaklee YOUTH untuk kulit cantik dan muda lebih lama.

Siapa taknak..??



YOUTH ini adalah produk penjagaan kulit terbaru yang direka khas oleh Shaklee bagi menggantikan Nutriwhite dan Enfuselle.

Shaklee Youth menjanjikan kulit yang lebih sihat dan memberikan kesan kulit lebih nampak muda.

Dengan menggunakan teknologi yang telah patentkan yang berupaya untuk mengaktifkan protein penting untuk kemudaan. Muda remaja gitew!!

Dan membuatkan protein ini menjana semula sel-sel kulit menghasilkan lebih banyak kolagen & elastin yang membantu kulit kita bertindak lebih muda


YOUTH SHAKLEE SKINCARE

Set ini terdiri daripada 7 produk berikut

1. Luminous Gel Oil Cleanser

Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini membasuh lembut, membersihkan & mempersiapkan kulit kita untuk produk youth yang lain.

2. Perfecting Skin Toner

Mengelupas, menghidrat dan menyuburkan kulit kita.

3. Youth Activating Serum

Produk ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita.
Toner ini mempunyai 10 x bahan aktif untuk memperbaharui kulit pada tahap sel.

Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & menjadikan sel-sel kulit berfungsi lebih muda.

4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30

Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan dari sinaran SPF 30 UVA / UVB matahari & melindungi juga untuk kulit kita daripada pencemaran alam sekitar. Perlindungan 2 in 1 tau.

Tanpa bahan kimia.
Hanya bahan semulajadi

Krim pelindung matahari ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer dari hidupan laut

5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)

Dulu dalam set nutriwhite
Ada krim malam yang hampir sama fungsinya

Krim malam Shaklee YOUTH yang baru ini menghidrat & melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit.

Dan menyokong proses pembaharuan kulit semasa kita tidur.

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu pengeluaran kolagen & elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin.

Dan lebih bercahaya.

6. Radiance C + E Capsules

Vitamin C 20% tulen memulihkan sinaran kulit sihat dengan mengurangkan bintik-bintik pada kulit di sebabkan penuaan. Ini juga akan melicinkan tekstur kulit & mencerahkan warna kulit.
Kapsul adalah berasaskan tumbuhan, biodegradable & tidak menggunakan pengawet.
Gunakan tanpa was was.

7. BB Cream

Balsem kecantikan pelbagai fungsi 5 dalam 1 ini menyediakan lapisan menyempurnakan rupa & tekstur kulit kita. Tak cukup dengan itu, BB cream ini juga akan membetulkan, menghidrat, menyuburkan & melindungi.

Krim ini mempunyai fungsi tambahan pelindung matahari dari bahan semula jadi untuk menyediakan Perlindungan SPF 30 UVA / UVB.







Continue Reading

Monday, November 27, 2017

Sunday, November 26, 2017

Vitamin -E Shaklee, Vitamin Cinta.

Assalamualaikum semua.

Dah cuti sekolah kan? Bestnya jadi budak sekolah. Sebulan lebih cuti sekolah.
Mak - maknya pulak, happy ke tak? ke tumpang happy je anak-anak dah start horey..
Anak-anak Aimi pun rasanya happy kot. Sebab setiap hari culas nak bangun pagi, so starting today, takde culas-culas lagi.Hehe.

Dulu masa zaman anak dara memang cepat terpengaruh tau dengan iklan. Bila pencuci muka sekian kuar televisyen, pi cari. Kuar yang lain pulak, pi cari pulak. Bila dah zaman matang sikit, baru perasan pencuci muka.yang digunakan sebelum ni agak meminyakkan muka. eeui.
so sejak.mengamalkan produk Shaklee, saya rasa ia banyak improve pada kulit. ESP dan Vitamin C memang banyak membantu. Cerah secara semulajadi siapa taknak.

Ok today, saya nak share tentang Vitamin E.
Ada orang kata, Vitamin E ni vitamin Cinta. Kenapa ye?
Apa sumber Vitamin E sebenarnya? Sebutkan apa yang anda tahu.

Betik, Almond,Avocado, Sunflower seed, green olive?


Yes. Betul.Anda ambil tak dalam pemakanan sehari-hari? Tak semua kan. Tak semua yang dapat lengkapkan Vitamin E mereka setiap hari.Sebagai alternatif untuk melengkap Vitamin E , Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E istimewa gitew...Hehe

APAKAH KANDUNGAN VITAMIN E SHAKLEE?


Nak tahu tak Khasiat dan kebaikan Vitamin E Shaklee?
  • Melambatkan penuaan. Antioksidan yang tinggi dalam vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya.
  • Membantu.mengurangkan kesan stretchmark akibat kehamilan yang lalu.
  • Mencegah penyakit katarak
  • Melindungi.struktur membran daripada rosak
  • Membantu memelihata pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
  • Merapatkan hubungan suami isteri.
  • Mengandungi grape seed yang.juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

Banyak sangat khasiat Vitamin E yang memukau hati. adeh, tak tertahan daku melihatnya.😊

SIAPA YANG PERLU VITAMIN E INI?
  • Untuk suami dan isteri. Ehem ehem, faham-faham ajelah yang dah bergelar suami dan isteri..
  • Untuk pesakit Alzheimer
  • Untuk mereka.yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan serta mereka.yang ingin mencantikkan kulit.
  • Sesuai untuk ibu yang sering keguguran untuk persediaan sebelum hamil.
TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE







TIPS CANTIK : BOLEH BUAT MASKER TAU!!


Continue Reading

Thursday, November 23, 2017

HILANG 5 KG DENGAN HERB LAX

 wOOOw!!!

Siapa tak mau turun 5 kg? Angkat tangan cepat sapa tak mau. hihi. Sebenarnya, sebelum nak turunkan berat, kita perlu detoks dahulu. Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia.

Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain.

Nak detoks, ada dua sumber untuk detoks. Pertama sayur-sayuran dan kedua ialah buah-buahan.

Adalah sangat dicadangkan mereka yang ingin detoks, boleh ambil Herb Lax atau pun Alfalfa. Bila segala toksin di dalam badan telah dikeluarkan, anda boleh mengambil produk-produk bagi menurunkan berat badan seperti Lecithin dan OmegaGuard yang berfungsi untuk membakar lemak.


APA KANDUNGAN HERB-LAX?



  • Buckhorn bark – melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  • Licorice root – membantu proses detoksifikasi
  • Fennel seeds – mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  • Blue malva flower – membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
  • Culver’s root – membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa leaf – membersihkan usus, darah dan hati.
  • Senna leaf – merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

 Siapa Yang Memerlukan Herb-Lax Shaklee?


  • Mereka yang pengamal tegar ubat tahan sakit
  • mereka yang ada masalah pembuangan kurang lancar
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • dan kita yang ingin membersihkan usus.
Lain-lain manfaat :
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan bau badan

Aimi suka makan herb lax. Sebab Aimi jenis yang agak susah jugak nak membuang. Bila makan herb-lax malam sebelumnya, esok wajib membuang! Serius. Lepas makan pagi, wajib jugak membuang. Sebab tu Aimi suka makan herb-lax. 

Kawan-kawan ada yang bermasalah untuk membuang? jom kita sembang-sembang dan sharing masalah susah nak membuang ni.hehe. 

Jadikan Anda Sekarang, Bukan Anda yang Dulu.😉


Hubungi saya di talian:

Aimi Nasihah
012-9862856



Continue Reading

Wednesday, November 22, 2017

Kenapa Aimi Setia Bersama Bisnes Shaklee

Assalamualaikum semua.

Sebelum ni Aimi langsung tiada kepercayaan dengan MLM. Mula-mula kawan ajak join Bio Aura punya MLM, tapi masa tu kena ada modal besar, beli barang. Masa tu takde modal, takkan nak buat loan semata-mata nak join MLM tu.

Benci dengan MLM. Suatu ketika dahulu.

Aimi langsung tak pernah dengar pasal Shaklee sehingga lah Aimi melahirkan anak kembar Aimi. Masa tu berpantang dengan Nona Roguy sebab mak bidan yang jual. Siapa cakap tak bagus. Actually semua bagus cuma nak serasi dan sebati tu susah.

Macam pilih calon suami lah. Berkawan ramai, semua baik dan bagus tapi nak cari yang serasi susah. Hihi.

Lepas anak kembar lahir masa tu nak cari produk baby untuk ruam dan gatal-gatal.  Dan Aimi terjumpa Herbal Blend Shaklee melalui upline Aimi sekarang iaitu Kak Nisa. Masa tu tak join ahli lagi. Ambil masa jugak nak join.  Aimi join dalam bulan Oktober 2013.

Start dari situ, Aimi dah mula mengenali banyak rangkaian produk Shaklee. Ada rezeki lebih, Aimi beli satu satu. Walaupun ekonomi tak berapa bagus untuk Aimi beli pukal, beli pun tengok bajet bulanan, tapi memang rasa sayang sangat nak tinggal Shaklee ni.

Nak start berbisnes punya lah malu nak upload gambar. ITU DULU.

Nak dipendekkan story nya, walaupun niat asal bukan kerana bisnes, satu-satunya supplement yang Aimi tak tinggal ialah Shaklee. Bila dah jatuh cinta, nilai sihat lebih dari segala-galanya.

Kalau korang nak kata sekarang ni Shaklee boleh bagi INCOME BESAR?

Sebenarnya SHAKLEE boleh bagi lebih daripada itu. Team Shaklee TERAMAT POSITIF. Sampai rasa malu nak luahkan perkara negatif. Secara jujur, sekarang ini walaupun Aimi belum mengecap bonus 4 angka daripada Shaklee, Aimi bersyukur Aimi dapat ilmu untuk diri. Aimi belajar bergembira daripada hal-hal yang kecil. Aimi belajar untuk menyayangi mentor. Aimi belajar untuk memberi. Sangat banyak hal-hal kerohanian yang diterapkan dalam hidup selepas kenal Shaklee.

Nikmat apa lagi yang harus ku dustakan?💓💓💓

I LOVE SHAKLEE.
SHAKLEE MENGAJARKU MEMBINA IMPIAN.



Continue Reading

KISAH CYST DAN B-COMPLEX

Assalamualaikum semua.

Laa ni aimi nak throwback sikit masa mula-mula pregnantkan Ayra. Memang Ayra, cahaya mata yang dinantikan selepas abang kembarnya. Umur kembar 2 tahun 3 bulan, aimi disahkan mengandung. Masa tu tertunggu-tunggu period,kenapa aih datang lambat. 

Dah syak pregnant tau, sebab tengok cermin rasa lain je badan nih. Masa tu memang rasa dah pregnant. Cuma blom cek lagi. Suatu hari, tengahari camtu balik dari tempat kerja memang terus cek. haha. DOUBLE LINE! Seronok weh.

Apa lagi dah tau pregnant, memang terus alahan. haha. Masa pregnant kali kedua memang alahan lama sikit. 6 months. Alahan yang TAK BOLEH TAK MAKAN. MESTI MAKAN. 😆😆

Dua kali pregnant, dua kali jugak terus ke KLINIK IDDRUSS CAWANGAN PAKA. Comfortable jumpa dengan Dr. Aini. Masa tengah-tengah scan, tiba-tiba doktor bagitau 'eh, awak ada cysts la'. Ya Allah, cuak gilerez tau time tu. Macam-macam tanya doktor, bahaya ke, besar ke. Tapi doktor cakap, kecil je dan tak menyekat laluan bayi.

Keluar dari klinik, masuk kereta, terus nangis. 

Husband tanya 'kenapa, kenapa, kembar lagi ke?

Haha, rasa nak cepuk!

Saya tahu, saya tak boleh stress. Sedikit pun tak boleh stress. Saya cari penyelesaian. Saya search apa yang boleh kasi cyst kecil dan hilang. One of my solution is amalkan pati delima. Time tu saya amal pati delima Gulsan.



Dan di samping tu, saya mula mencuba B-Complex Shaklee dengan niat boleh kurangkan tekanan untuk berfikir soal cyst dan juga perlu untuk kandungan saya.

Alhamdulillah setelah hampir sebulan konsisten, saya free daripada cyst. memang masa pergi checkup, memang doktor tak jumpa. Alhamdulillah.

Jom kita tengok apa dia B-COMPLEX ni?

Bcomplex ni vitamin larut air. ia takkan di simpan dalam badan. Jika berlebihan, ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Setiap hari kita perlukan B-Complex. Jika kekurangan ia akan sebabkan masalah saraf dan metabolisme badan.


Apa KANDUNGAN  B-COMPLEX?


  • B-complex mengandungi 8 jenis Vitamin B. 
  • B1, B2, B3, B6, Biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan  protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. 
  • Asid folik dan B12 pula meyokong pembentukan sel-sel darah merah dalam tubuh.

Apakah KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE?


  • membantu untuk fungsi normal saraf (sakit-sakit urat dan rasa menyucuk tu sesuai lah)
  • untuk metabolisme badan
  • memberi tenaga
  • cegah anemia dengan membantu penghasilan sel darah merah
  • galakkan perkembangan sel yang sihat
  • memberi ketenangan
  • elak stress
  • kuatkan antibodi badan
  • membantu pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat
  • membantu sintesis DNA dan sel-sel badan



WARNA URIN KUNING selepas makan B-COMPLEX?

Hehe. Sama dengan Aimi. Takut tengok urin, KUNINGNYA. jangan bimbang, itu normal. Itu disebabkan Vitamin B12 yang menyebabkan warna kuning. Banyakkan minum air, insyAllah urin akan kembali normal. 😉

Sekian dulu setakat ini perkongsian saya. Jumpa lagi tau!



Aimi Nasihah💔💔
Kedai Vitamin Sri Kerteh
SID No 1070643
No Tel 012-9862856







Continue Reading

Tuesday, November 21, 2017

SHAKLEE BABY in da house!!! yeay!

Assalamualaikum semua. 

Ada mommy-mommy yang nak bersorak tak? Alhamdulillah, produk daripada rangkaian produk Shaklee dah available buy online semalam 20 November 2017. Cuma tak sempat update sebab sakit kepala sangat, tak tau apa yang dipikir.

Kelakar jugak sebenarnya semalam. Dalam duk sakit kepala, duk pikir sales bulan ni dan apa yang nak buat lagi dan lagi, masuk dua order barang. Last two days pi sekolah buat  khidmat bantu, alhamdulillah masuk jugak order. Alhamdulillah. sikit-sikit takpe, saya jenis yang mudah happy walau sikit je.hihi.

Ish, nak cite pasal Shaklee baby sebenarnya ni ha..






Apa yang istimewa tentang Shaklee Baby?


  • Safe
  • Gentle
  • Organic
KENAPA SELAMAT ( safe) ?

Produk ini selamat digunakan kerana diformulasikan dengan bahan asli semulajadi dan selamat dan diuji secara klinikal dan pedriatik.

KENAPA LEMBUT (gentle)?

Ia sesuai digunakan oleh kulit sensitif serta formula yang tidak memedihkan mata. Juga hypoallergenic serta pH yang seimbang.


ORGANIK (Organic)?

Shaklee baby dihasilkan oleh bahan bahan yang semulajadi dan organik. Selain itu produk kaya dengan nutrien berasaskan tumbuhan.











STOK TERHAD TAU!😆

tu yang tak best tu. Stok adalah sangat-sangat terhad.


Aimi Nasihah
SID NO 1070643
No Tel 012-9862856

Continue Reading