Thursday, March 11, 2021

Pokok Ati-Ati Menggembirakan Hati

 Pokok Ati-Ati yang menggembirakan hatiku | Sejak kebelakangan ini, Aimi masih mencari rentak diri dalam berkebun dan menanam bunga. Aimi bukanlah peminat atau rajin sangat nak menanam pokok sebenarnya. Seboleh-bolehnya, sedaya upaya cari pokok yang tak cerewet dan senang dijaga.


Aimi lebih suka tanam pokok yang Aimi perlukan di dapur. Contohnya serai, daun pandan, daun kunyit, lengkuas , halia dan cili. Tapi sejak PKP 1, ramai sangat Aimi tengok orang bercucuk tanam. Diri sendiri pun mula memasang niat untuk bercucuk tanam. So, untuk permulaan Aimi bermula dengan kangkung. 


Seronok tanam kangkung. Cepat tumbesarannya, senang dijaga dan meriah betul sampaikan tak habis makan. Kadang-kadang bagi kat pakcik yang bersihkan kawasan taman. 


PKP 2 Aimi start untuk cari spesies pokok yang tak boleh digunakan dalam masakan, iaitu pokok bunga atau jenis keladi. Boleh tahan juga kan harga setiap jenis sampai berpuluh-puluh ringgit. Dan yang paling terbaru, Aimi sangat obses nak kumpul ID untuk pokok Ati-Ati atau Coleus. Kalau singgah mana-mana, mata memang melilau-lilau cari pokok Ati-Ati kot-kot boleh beli keratan batangnya.


Nak tengok tak pokok Ati-Ati yang dah ada kat rumah Aimi?


Taman kecil di depan rumah.



Baru biakkan anak pokok.






Ini sebahagian daripada taman mini milik jiran setaman.


Pokok Ati-Ati  (Coleus Blumei) merupakan sejenis tumbuhan ornamental daripada keluarga Lamiaceae yang mudah dijumpai dan juga ditanam. Kesemua pokok Ati-Ati ni majoriti mempunyai warna daun yang lebih daripada satu dan unik. Daun dan batangnya lembut. Bagi Aimi, pokok Ati-Ati ni pokok hiasan yang sangat menarik untuk ditanam. Tumbuhan ini memang perlukan banyak air kerana batangnya lembut dan akan terencat pertumbuhan jika tanahnya kering.


Pokok Ati-Ati ni pun ada kebaikannya tau. Aimi baru tahu selepas makcik Aimi share pasal pokok Ati-Ati. Aimi dapat tahu, daun pokok Ati-Ati ni boleh mengubat batuk. Caranya; ambil daun pokok Ati-Ati (mestilah pilih yang bersih dan segar), ditumbuk dan ditambah air. Kemudian tapis airnya dan sesuai diminum 2x sehari. 


Ada juga kaedah dimana, daunnya dicampur dengan daun inai, daun jambu batu dan daun tutup bumi, direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk kecutkan rahim ibu selepas bersalin. Selain itu, daun Ati-ati juga dipercayai boleh mengatasi masalah darah tinggi. Caranya ambil beberapa helai daun Ati-Ati, direbus sehingga 4-6 jam. Biar sehingga air rebusan pekat dan minum setiap hari. Sanggup tak mereka-mereka yang ada penyakit darah tinggi? Hehe.


Selain itu, boleh membantu dalam penyembuhan luka. Tumbuk beberapa helai daun sehingga lumat dan sapu pada luka. Wallahualam.  Tapi kalau nak cuba usaha apa salahnya kan?

Continue Reading