Wednesday, November 25, 2020

Riyaz Heritage pilihan staycation sebelum PKPB 09/11/2020

Hye! Assalamualaikum.

Dah lama peram konon nak review tentang Riyaz Heritage Duyong Marina & Resort yang terletak di Pulau Duyong, Terengganu. Kami suami isteri plan untuk bawa anak-anak staycation selepas Deepavali, kebetulan anak-anak pun dah habis exam. Tapi cikgu dah umum tentang exam dibatalkan, so kami percepatkan staycation kami pada 7 November yang lepas.

Kami memang suka staycation especially di Kuala Terengganu. Dengan alasan mudah nak cari makan. Hihi. Dah banyak kali ke Kuala Terengganu, rasanya belum habis lagi jajahan kami. Kali ni kami pilih Riyaz Heritage. Sebenarnya part pilih tempat, memang suami serahkan pada saya, memandangkan saya pun memang cerewet pun nak pilih tempat.

Saya contact sepupu saya yang bekerja di Riyaz Heritage untuk bertanyakan kekosongan bilik. Kami dapat potongan daripada RM280 ke RM180. Hajatnya, sepupu nak guna harga staff tapi disebabkan weekend, so tak dapat. Tapi kira okeylah dapat harga murah macam tu. 

Kami bertolak pagi Sabtu (7/11/2020), sebab hajat kami memang nak pergi awal dan rehat. Sekurang-kurangnya ada masa recharge energy untuk layan anak-anak nanti. Niat nak happykan anak-anak, memanglah sanggup menabung sikit nak bawa anak-anak ni tidur hotel. Hihi. 

Sampai dalam jam 2 petang, kami keluar cari makan tengahari untuk makan di hotel nanti. Dah siap membeli nasi bungkus, terus ke hotel untuk check in.




inilah bilik kami. Bilik 302.




Dah siap makan, anak-anak dah sibuk tanya " jam berapa boleh mandi kolam, mama?" Jenuh si mama ni nak menjawab setengah jam sekali. Hihi. Itu lah ragam anak-anak, memang excited. Bukan tak pernah staycation kat mana-mana, tapi diorang tak pernah puas. Ini pun first time nak dapatkan approval sendiri nak stay kat sini.





Kolam yang sangat luas. 

Actually ada tiga kolam. First,bahagian bawah untuk kanak-kanak (cetek), bahagian atas ada dua kolam ikut kedalaman untuk dewasa. 

Kawasan persekitaran chalet sangat luas dan berumput. Sangat selesa untuk anak-anak berlari dan santai. Secara jujurnya, saya memang suka kawasan di sini. Terasa sangat privacy. Nampak macam tak ramai pengunjung tapi agak ramai juga. Oleh sebab privacynya terjaga, kita akan rasa tak crowded dengan orang.





Nice view. Boleh nampak Drawbridge Ganu Kiter.




Makanan overall okey, walaupun tak banyak pilihan, tapi sedap. Cafe pun luas dan banyak tempat makan. Nice view jugak area cafe ni. Tapi saya tak snap banyak picture sebab sibuk handle Umar hehe.



Pandangan dari cafe berhampiran lobby.
Nampak Drawbridge kan?

Rasa tak cukup 2 hari 1 malam kat sini. I love the privacy here. Tak crowded. Memang pesenganku tak suka ramai orang, tak suka bising. Ye lah kan, selepas bekerja memang kita nak tempat yang sunyi, boleh lepas penat dan rehat betul-betul. 





Bilik yang besar dan luas


InsyaAllah lepas ni boleh datang lagi bawak family. Dan sekarang ni ada offer tau.  

offer Riyaz Heritage

So kalau korang nak stay sahaja without breakfast, dah murah dah tu. Harga asal kalau tak silap RM280. 

Area hotel ni pun banyak kedai makan. Dekat Riyaz sendiri ada cafe iaitu Cafe Bytes. Makanan dia pun murah dan berpatutan. 

InsyaAllah lepas ni repeat lagi. Kerja keras dulu dan nanti bawa anak-anak datang lagi. Jangan kedekut belanja anak-anak tau. Hehe
Continue Reading

Thursday, November 12, 2020

Bagaimana melatih minda kita supaya menjadi hebat?

Assalamualaikum & Hye. 


Alhamdulillah. Malam ni berpeluang join kelas Puan Aeinna Musa yang bertajuk Minda Sang Pemenang. Syukur sangat diberi kerana berpeluang. Dah pesan awal-awal pada anak sulungku supaya jagakan adik sepanjang mama menuntut ilmu.

Belajar tentang Teknik AVF, Teknik Pernafasan Fitrah dan banyak lagi tips. Jika sebelum ni tertanya-tanya tentang teknik AVF, sekarang dah jelas macam mana nak buat. Sebenarnya dah buat, tapi tak konsisten dan tak tahu cara yang betul.

Banyak juga perkongsian tentang kisah-kisah sirah, sangat sesuai untuk kita share dengan anak-anak. Macam anak-anak Aimi suka dengar cerita, tak kisahlah cerita apa-apa. Memang diorang sangat khusyuk mendengar. 

At least Aimi ada tempat nak kongsikan semula apa yang Aimi belajar kan?

Untung sangat sebab kelas ni, kalau kat luar sana memang ratus singgit, tapi dengan adanya group support Shaklee ni, kelas ni free sahaja. 

Korang berminat jugak nak join kelas free? Macam-macam tips kita dapat sama ada nak baiki bisnes kita atau pun diri kita.

Tadi belajar juga tentang minda sedar dan minda bawah sedar, The most important is minda bawah sedar yang sangat mempengaruhi diri kita. Bagaiman minda kita akan tentukan tindakan kita. Sebenarnya penting apa yang kita sering fikirkan.



 Jom tukar profesion kita daripada PENCARI REZEKI kepada PENJEMPUT REZEKI 😀
Continue Reading

Monday, November 9, 2020

Aktiviti bersama anak dirumah semasa PKPB

hye!! Assalamualaikum..

PKPB starts again bermula 9 Nov sehingga 6 Disember kecuali tiga buah negeri iaitu Pahang, Perlis dan Kelantan. Terengganu masuk list negeri yang kena PKPB. PKPB again, so whats your plan? Hehe. 


Korang ingat lagi tak apakah SOP PKPB? Jom Aimi ingatkan semula :-)

Berikut adalah senarai SOP PKPB

1. Dua orang sahaja yang dibenarkan keluar rumah bagi mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain. Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan awam.

2. Perjalanan rentas negeri dan rentas daerah dari/ke kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau kematian. Perlu mendapat permohonan pergerakan daripada PDRM terlebih dahulu.

3. Para pekerja dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah dengan syarat mengemukakan pas pekerja yang sah dengan butiran terperinci atau surat kebenaran daripasa majikan.

Pekerja yang mana tempat tinggal dan tempat bekerja berada di daerah yang saya tidak perlu mengemukakan pas pekerja atau surat majikan.

Kerajaan bagaimanapun menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

4. Bagi mereka yang perlu merentas negeri Selangor atau Kuala Lumpur walaupun menggunakan lebuh raya (contohnya dari Johor ke Kedah) perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi mengelakkan kesulitan ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya di negeri-negeri yang sedang menjalani PKPB.

5. Penumpang-penumpang udara yang mana menggunakan lapangan terbang Subang atau KLIA/klia2, perlu mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu bagi mengelakkan kesulitan.

6. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.

7. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

8. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bungkus sahaja. Walaubagaimanapun makan dipremis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

9. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

10. Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

11. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

12. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja.

Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.

13. Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)

14. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.

15. Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

16. Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

17. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

18. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

19. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentasdaerah dan negeri.

20. Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

21. Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

22. Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.

23. Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan. Keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

24. Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.

25. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.

26. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.

27. Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.

28. Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.

29. Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.

Bagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

30. Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.

31. Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.

32. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

33. Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan

*  *   *  *  *  *  *  *  *

So, apa aktiviti kita boleh buat di rumah bersama anak-anak? 

1) Rancang masa anda di rumah. Especially mereka yang work from home. Sudah tentu kita tak mahu kerja-kerja kita terganggu dan pada masa yang sama kita abaikan anak-anak bukan?

2) Jika saya, saya standby siap-siap (Plan) aktiviti apa yang saya boleh sediakan untuk anak-anak supaya mereka tak mudah bosan. Korang boleh beli siap-siap DIY Projects untuk mereka.

Contohnya:

Buat ini.

atau ini


atau yang ini



Anak-anak mesti suka. Seronok diorang buat kerja kraf ni. Nak lebih mudah, korang boleh terjah kedai DIY, cari sahaja DIY kit. Banyak sangat kat sana, harga pun murah-murah je. So korang boleh pilih dan lakukan aktiviti bersama anak-anak di rumah.

3) Tetapkan jadual. Waktu makan, waktu bermain, waktu menonton tv dan waktu tidur. Masa PKPB ni bukanlah masa untuk berbuat sesuatu tanpa had masa. Contohnya, selepas mereka bangun tidur, minta mereka untuk mandi seterusnya sarapan. Jadikan weekdays mereka seperti mana hari mereka bersekolah. 

4) Minta mereka bantu anda di dapur atau membuat kerja rumah yang lain. Kadang-kadang Aimi minta juga anak buatkan air tea atau apa-apa minuman. Aimi juga pernah minta mereka sidaikan pakaian atau angkat kain dari ampaian. Alhamdulillah, mereka seronok!

5) Berkebun? Why not. Err..tapi mommy macam malas je nak berkebun. Tapi okey je, sambil anak-anak boleh main pasir kat luar rumah. Kan?

Sooo apa lagi ye?

Anak-anak ni, asalkan aktiviti tak bosan, mereka ON jer.  Korang ada aktiviti lain yang boleh dibuat bersama-sama di rumah? Jemputlah share aktiviti bermanfaat dan menghilangkan rasa bosan sepanjang PKPB ni.

Continue Reading

Thursday, November 5, 2020

DAFTAR AHLI PERCUMA DENGAN PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2020


Korang dah lama jadi pengguna Shaklee?
Teringin tak nak jadi ahli Shaklee secara PERCUMA ?
Tak teringin nak mulakan bisnes Shaklee?
Sekarang adalah the RIGHT TIME. Rebut peluang daftar ahli Shaklee dengan set promosi bulan ni.


A) VIVA VIVIX SET




Dengan pembelian 2 BOTOL VIVIX bulan ni, anda layak untuk menikmati :-
✅Belian pada harga ahli, hanya cuma perlu bayar RM760 sahaja untuk dua botol Vivix - JIMAT RM190.
✅Free membership Shaklee bernilai RM35
✅Cash back sebanyak RM38 ke dalam akaun bank anda.
✅Free postage bernilai RM10
✅Free sebotol SR Vita C Plus bernilai RM97.50

atau pun dengan pembelian:-

B )BEST SELLER SET





Set ini mengandungi :
1. ESP
2. B-Complex
3. Vitalea
4. SR Vita C
5. Ostematrix
Dengan pembelian Best Seller Set ini, anda layak untuk menikmati :-
✅ Belian pada harga ahli iaitu RM 412 jimat RM103
✅Free membership bernilai RM35
✅Free postage bernilai RM10
Best kan? Banyak sangat dapat save $$$.
Macam mana? Rasa berminat? Nak fikir dulu?


Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada sebarang pertanyaan?
Hubungi Aimi:

Aimi Nasihah
COD Area : Kerteh / Paka / Kemasik
Pengeposan Seluruh Malaysia.

Continue Reading

Wednesday, November 4, 2020

Apakah Jenis Kulit Anda? Jom kenali kulit muka.

 Assalamualaikum. Hye!!

Korang ada masalah kulit tak? Aimi pernah mengalami masalah kulit teruk zaman universiti dulu, dan salah satu my bad habit ialah suka picit jerawat. Tangan tak boleh nak duduk diam. Akibat tangan yang tak boleh duduk diam tu, maka nampaklah kesannya sekarang. 

Lepas kahwin, hormon berubah agaknya. Jerawat jarang muncul, sekali-sekala sahaja dia bertandang. Syukurlah kan. Kalau tak mungkin tangan tak boleh duduk diam lagi. Dulu mungkin kulit muka Aimi ni jenis berminyak, so cepat sangat jerawat ni muncul.

Pencuci muka silih berganti brand, sebab salah satunya nak jimat kan. Time study mana ada duit lebih sangat nak beli skincare mahal-mahal. 

So far, korang tahu tak kulit muka korang jenis yang macam mana? 

Samada berminyak, kering, kulit normal atau kombinasi? Er... macam mana nak tau? Jom, Aimi share serba sedikit tentang jenis kulit muka.

A) KULIT KERING

Mereka yang memiliki kulit kering mempunyai liang pori yang hampir tidak kelihatan serta kulit nampak kusam dan kasar. Berkemungkinan juga terdapat tompok-tompok kemerahan dan garisan halus serta kedutan pada kulit.

APAKAH FAKTOR PENYEBAB KULIT KERING?

B) KULIT BERMINYAK KE KOMBINASI

IA KELIHATAN SEPERTI: Mereka yang mempunyai kulit yang berminyak dan kombinasi menghadapi simptom yang serupa maka penjagaan kulit mereka agak sama. Kulit berminyak mempunyai liang pori yang jelas dan membesar serta kulit nampak berkilat akibat lebihan sebum (bahan yang melincirkan dan menjadikan kulit kalis air). Manakala untuk kulit kombinasi, besar kemungkinan kulit anda ada kedua-dua ciri iaitu kering pada pipi dan berminyak pada zon-T.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak disarankan agar kerap menggosok/menyental kulit kerana ia akan menanggalkan permukaan kulit mati dan mengurangkan liang pori yang tersumbat. Tetapi jangan menggosok/menyental terlalu kasar. Mereka yang mempunyai kulit kombinasi boleh memulakan rutin menggosok/menyental sekali atau dua kali seminggu dan perlahan-lahan melakukannya dengan lebih kerap jika perlu.

Add caption


C) KULIT SENSITIF

IA KELIHATAN SEPERTI: Jika anda memiliki kulit sensitif, anda mungkin mengalami simptom seperti kulit kemerahan dan kegatalan. Anda juga mungkin mendapati yang kulit anda mudah mendapat iritasi apabila terdedah kepada bahan tertentu dalam produk penjagaan kulit dan akibat perubahan alam sekitar.

APA YANG PERLU DILAKUKAN: Ingat, terlampau lama membersihkan wajah akan menyebabkan iritasi kulit, jadi bersederhanalah ketika membersih dan menggosok/menyental. Gunakan air sejuk atau suam dan bukan air panas yang boleh menanggalkan lapisan pelindung kulit anda.

Kulit Sensitif

D) KULIT NORMAL

IA KELIHATAN SEPERTI: Secara umumnya kulit normal hanya mempunyai beberapa masalah kulit ataupun tiada langsung, tidak sensitif, sedikit sahaja liang pori yang kelihatan dan tahap penghidratan yang seimbang. Mereka yang mempunyai kulit normal jarang mengalami kulit kering, berminyak ataupun ditumbuhi jerawat.

APA YANG PERLU DILAKUKAN: Kulit normal mudah dijaga namun satu langkah penjagaan kulit yang bijak adalah dengan menggunakan produk yang lembut dan terbukti secara klinikal agar kulit kekal tanpa masalah


ANDA SUDAH KENALI JENIS KULIT MUKA ANDA?

Apa yang anda ingin lakukan untuk mengatasi masalh kulit muka anda?
Fokus pada penggunaan Skincare?
Anda punya pilihan?
Aimi boleh suggestkan :-)

Shaklee juga mempunyai set rangkaian produk untuk penjagaan kulit. Set rangkaian penjagaan kulit ini dikenali sebagai YOUTH SKINCARE. 

Jom kenali secara ringkas SET YOUTH SKINCARE SHAKLEE.

Set Youth Skincare


1. YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER



Fungsi YOUTH Luminious Gel Oil Cleanser:
1. Menghaluskan kulit
2. Membersihkan kulit
3. Melindungi dan memperbaiki sel kulit
4. Mengeluarkan sel kulit mati
5. Melembapkan kulit


Apa yang menarik tentang YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser?
1. Design yang up-to-date: pusing sahaja penutup untuk membuka, penutup tak hilang!
2. Bau natural yang sedap dari Avocado Oil :)
3. Tidak mengandungi sabun - tidak mengeringkan kulit, kulit tak rasa tegang bila senyum, tapi kulit rasa smooth sangat!
4. pH seimbang


Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser:
1. Vital Repair+®
2. Ekstrak Anggur Muscadine
3. Ekstrak Alga Hijau (untuk exfoliate / scrub super lembut membuang sel kulit mati sambil melembapkan kulit, tidak menyakitkan kulit)
4. Avocado Oil
5. Ekstrak Yis


Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah pertama di waktu
1. Pagi
2. Malam


2. YOUTH PERFECTING SKIN TONER



Fungsi YOUTH Perfecting Skin Toner:
1. Double-cleansing -- buang sel kulit mati, keluarkan sisa makeup yang tak dapat keluar dari pembersihan pertama tadi, dan bahan pencemaran. Kita akan nampak kesan kotor pada kapas.
2. Menghidratkan kulit, kulit tidak nampak kusam, kulit jadi glowing
3. Membekalkan nutrisi untuk kulit

Apa yang menarik tentang YOUTH Perfecting Skin Toner?
1. Bau natural yang fresh :) 
2. Kulit tidak rasa tegang apabila senyum selepas pemakaian toner
3. Kulit rasa sejuk dan tenang selepas memakai toner

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Perfecting Skin Toner:
1. Vital Repair+®
2. Ekstrak Anggur Muscadine
3. Ekstrak Alga Hijau
4. Ekstrak Yis

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah kedua selepas YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser di waktu
1. Pagi
2. Malam


3.YOUTH ACTIVATING SERUM


Fungsi YOUTH Activating Serum:
1. Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel
2. Membuatkan kulit menjadi lebih muda dan berseri

Apa yang menarik tentang YOUTH Activating Serum?
1. Design yang up-to-date: pusing untung membuka airless pump. Ini akan mengurangkan kebarangkalian serum teroksida, maka meningkatkan keberkesanan dan penggunaan. Tidak perlu korek-korek bekas kalau serum dah nak habis :)
2. Tersangat pekat -- 10 kali ganda bahan aktif untuk pembaharuan sel yang kritikal.

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Activating Serum:
1. YOUTH Complex
2. Apple Cell
3. Lotus Japonicus
4. Encapsulated Vitamin A Retinol

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah ketiga selepas YOUTH Perfecting Skin Toner di waktu
1. Pagi
2. Malam


4. YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER


Fungsi YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50:
1. Melembapkan kulit
2. Menjadikan tona kulit lebih sekata
3. Menambahbaik penampilan kulit secara menyeluruh
4. Melindungi sel kulit (terutamanya sel kulit baru) dari sinaran matahari dan pencemaran


Apa yang menarik tentang YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50?
1. 2-in-1: Moisturizer + Sunblock. Mudah. Tidak perlu pakai pelembap + sunblock menggunakan 2 krim yang berbeza :)
2. Diformulasi khas untuk orang Asia dengan broad spectrum SPF 50 UVA/UVB
3. Tidak menyumbatkan pori (non-comedogenic)
4. Tidak perlu dibuang menggunakan oil-based makeup remover seperti sunblock lain kerana ianya tidak kalis air (meresap terus ke dalam kulit), menjadikan ianya mesra wuduk :)
5. Penutup yang sama seperti Cleanser, iaitu design yang up-to-date: pusing sahaja penutup untuk membuka, penutup tak hilang!

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50:
1. SPF 50
2. Vital Repair+® Complex
3. Muscadine Grape Extract

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah keempat selepas YOUTH Activating Serum di waktu pagi and you are ready to go!


5. YOUTH RADIANCE C+E


Fungsi YOUTH Radiance C+E:
1. Menegangkan kulit
2. Mencerahkan kulit
3. Mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan
4. Mengurangkan kehadiran tompok usia (age spots)
5. Melicinkan tekstur kulit
6. Memperbaiki tona kulit secara keseluruhan

Apa yang menarik tentang YOUTH Radiance C+E?
1. Kepekatan Vitamin C dan E yang lebih tinggi dari produk lain yang ada di pasaran iaitu 20%
2. Kapsul berwarna emas yang menarik dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Juga efektif kerana ia dapat mengelakkan krim di dalamnya mudah teroksida kerana tiada bahan pengawet digunakan (100% semulajadi!)
3. Kapsul ini juga berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi. Selamat untuk bumi kita :)

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Radiance C+E:
1. 20% Vitamin C dan E tulen
2. Ekstrak Raspberi

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah keempat selepas YOUTH Activating Serum di waktu malam.


6. YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM


Fungsi YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Light):
1. Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit sewaktu tidur
2. Membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Light):
1. Vital Repair+® Complex
2. Schisandra Chinensis
3. Lotus Japonicus


Fungsi YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Rich):
1. Menghidratkan kulit dengan mendalam
2. Melembutkan kulit
3. Recharge dan membantu sel kulit semasa tidur, membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin, dan cerah. Bangun tidur bagai Sleeping Beauty :)

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Rich):
1. Vital Repair+® Complex
2. Lotus Japonicus
3. Shea Butter
4. Minyak Jojoba

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai step kelima selepas YOUTH Radiance C+E di waktu malam.




Continue Reading