Showing posts with label Set Menyusu Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Menyusu Shaklee. Show all posts

Tuesday, June 1, 2021

PROMOSI JUNE 2021

 Assalamualaikum uolls.

Alhamdulillah hari ini dah 1 June bersamaan hari pertama Lockdown 3.0. Semoga kita baik-baik sahaja menjalani proses lockdown di rumah okey.

Jom Aimi nak share apa promosi Shaklee bulan ni yang boleh anda grab.


PROMOSI PERTAMA

BELI YOUTH BASIC SET & PWP D'DAUN BAG DENGAN HARGA HANYA RM37.50

atau

BELI YOUTH STARTER SET LIGHT + SATU SELECTED YOUTH PRODUCT & DAPATKAN FREE SHAKLEE D'DAUN BAG. 




PROMOSI KEDUA

BELI SHAKLEE BEST SELLER SET 
dan DAPAT FREE SHAKER-GREEN

Best Seller Set Shaklee

Dan untuk pengetahuan korang, Best Seller Set ni sesuai untuk mereka yang :-

a) Baru nak mula berniaga
b) Untuk mereka yang berpantang/hamil/menyusu
c) baru nak mula mencuba supplement Shaklee
d) nak improve kesihatan kulit

.
.
.
.
.
.
.


Berminat untuk dapatkan sebarang supplement Shaklee?
Boleh terus hubungi Aimi ye.

Aimi Nasihah
Pengedar Shaklee Kerteh/Kemasik
Pos Seluruh Malaysia


Continue Reading

Friday, September 18, 2020

SET MENYUSU SHAKLEE

Betapa istimewanya Aimi rasa bila dapat mendakap anak sejak hari pertama lahir dan menyusukannya. Tak dapat digambarkan perasaan seorang ibu memeluk anak dan melihat kedipan matanya. Ku usap-usap rambut sambil doa yang baik-baik untuk anak.

Sehinggalah anak kini berusia satu tahun lapan bulan.🥰

Alhamdulillah selama itu lah breastfeeding journey Aimi.

Alhamdulillah. 
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. 

Benar, takde yang mustah, jika kita dah set mind kita betul-betul nak bagi yang terbaik untuk anak kita. Betapa kecewanya Aimi sejak dari anak sulung Aimi tak dapat menyusukan mereka. 

Mungkin salah satu faktornya adalah kerja. Dan mungkin sebab malas dan tak ada tekad untuk menyusukan anak dengan susu badan. Tapi rezeki Umar. Dan semestinya yang membantu Aimi untuk terus menyusukan Umar adalah SET MENYUSU SHAKLEE.


Kebaikan Set Menyusu Shaklee

1. Vitalea Iron Formula

Ia adalah multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan.

Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

2. B Complex With Folic Acid
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan u atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

3. Vita C SR Plus
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan.

Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran. sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan…dan kulit lebih cantik.

4. Alfalfa Complex
Alfalfa adalah  milkbooster yang baik. Ia membantu memekatkan susuibu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Alfalfa turut membantu perkumuhan menjadi lebih lawas dan membantu ibu membuang angin dari dalam badan. Kesannya, anak juga susah hendak kena kembung.

5. Ostematrix
Antara kelebihan ostematrix adalah atasi sembelit, bagi tenaga dan mudah bangun dari tidur kekalkan tekanan darah normal, bantu kita rasa  segar, elakkan kemurungan, mengatasi masalah water’retention’, elakkan kekejangan dan masalah tulang belakang.

Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali.

Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

6. Energizing Soy Protein (ESP)
ESP berikan tenaga berpanjangan kepada tubuh…selain itu, tubuh kita terdiri dari sel. Protein pula makanan sel. tubuh yg tidak sihat..kerana selnya tidak sihat…protein ESP bantu baiki dan ganti sel-sel yg tidak sihat dengan sel-sel yg sihat dan baru.

Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

*****

Jika korang berminat dengan SET MENYUSU SHAKLEE ,  boleh hubungi Aimi ditalian 011-61779584. 

Jangan risau, free consultation.😊

Continue Reading

Monday, September 23, 2019

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA.


Benar.


Sebenarnya, Aimi tak pernah terfikir nak stop breastfeed bila. Dan masih tak terfikir dapat menyusukan Umar sehingga saat ini. Saya pandang ia satu pencapaian yang besar sebab pengalaman sebelum ini saya tak pernah bersungguh menyusukan anak-anak. Maybe.
.
.
Dan selepas quit kerja hakiki setahun yang lepas (sebelum expecting), saya berazam lepas ni kalau pregnant lagi nak full breastfeed anak. Itulah mind-set sebelum dan sehinggalah melahirkan. Alhamdulillah Allah makbulkan.
.
.
Setiap perjalanan menyusukan anak tidak lah mudah. Saya kena jaga diri dan makan nak make sure anak dapat zat mencukupi, tak kembung perut dan sebagainya. Saya tak diet, saya cuma jaga apa yang masuk ke mulut saya sebab itu lah yang saya salurkan kepada anak saya.
.
.
Dulu mungkin saya tidak me'motivasi'kan diri sendiri. Sekarang saya kena cari bahan peluntur nak basuh diri secukupnya.
.
.
Bila decide nak susukan Umar sepenuhnya, ada yang tidak percaya saya boleh. Mungkin sekadar beromong kosong. Tapi saya kuatkan semangat . Takpe, selagi Umar nak, selagi itu mama boleh buat. Fikir yang baik-baik sahaja.
.
.
Lepas dah terbiasa 'Umar nak, mama selak' haha, so tak terfikir eh eh hampir setahun nak susukan Umar. A big achievement for myself haha.
.
.
Sekarang ni kalau ikutkan demand si Umar ni, memang melampau pulak. 😜 Sebab tu saya jaga sangat tak mahu dia terjaga pagi-pagi, sebab kalau ikutkan dia ni, mahu sampai jam 10 pagi duk mengempeng je. Jawab nye asyik tertido la mama ni.
.
.
Menyusu ni buatkan lebih rasa mengantuk tau. Sebab ada hormon yang dirembeskan tu akan memberikan rasa ketenangan dan seakan ubat pelali. Hihi. Sebab tu anak tidur, mak pun tidur sekali. 

.
Dan tidak dinafikan #setmenyusushaklee memudahkan journey penyusuan saya. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Asbab pengambilan supplement memang membantu saya. Bukan nak kata 'kena' ambil supplement Shaklee untuk susu banyak, tetapi setiap apa yang kita buat untuk diri kita insyaAllah akan dapat kebaikan daripadanya. Allah pandang setiap usaha kita. 😍
.
.
Alhamdulillah sekarang masih Allah izinkan untuk memberi yang terbaik buat si kecil Umar. Semoga susu ibu yang mama bekalkan cukup nutrisi dan zat.
.
.
Ish, kalau nak ikutkan dia ngempeng ni mahu kul 12 baru nak bangun. Lepas dia lena sikit ni, cepat-cepat saya alihkan ke dalam buaian, kasi tidur lebih sikit lagi. Hihi.
.
.
Dan satu saya selalu ingatkan pada diri, selalu fikir yang positif dan berbaik sangka dengan Allah. Ia akan ajar diri kita terima semua yang terjadi tanpa kita menuding jari kepada sesiapa pun. Yakin Allah akan bantu kita. Bagi ibu yang sedang struggle menyusukan anak, sentiasa minta dengan Allah supaya Allah mudahkan perjalanan kita memberikan yang terbaik buat si kecil.
.
.
Sedikit info mengenai Set Menyusu Shaklee.

SET MENYUSU SHAKLEE = ESP + ALFALFA
APA KELEBIHAN ESP?

✔ESP membantu cantikkan kulit
✔ESP membantu mereka yang ingin diet dengan memberi kekenyangan dengan lebih lama.
✔ESP membantu memberikan tenaga.
✔ESP akan membaiki tisu yang rosak
✔ESP membantu mereka yang ingin hamil.

KELEBIHAN ALFALFA:

✔membantu mereka yang mengalami masalah keputihan
✔milk booster
✔menyingkirkan toksin
✔meningkatkan hubungan intim
✔ Alfalfa membantu dalam menyeimbangkan paras ekstrogen dalam badan anda.
✔Menurunkan paras kolesterol
✔Mengurangkan bau mulut dan badan
✔Membantu mereka yang ada masalah resdung


So kepada anda, ibu-ibu diluar sana yang mempunyai masalah dalam menyusukan anak, first anda kena set mind betul-betul. Abaikan segala statement negatif masyarakat atau kaum keluarga dan rakan-rakan. Dan jika perlu supplement untuk membantu journey penyusuan anda, anda boleh pilih yang terbaik untuk anda.

Saya pilih SET MENYUSU SHAKLEE. Semestinya. 

Continue Reading