Sunday, July 21, 2019

Anak Perlukan Perhatian, Bukan Kemewahan


Anak Selalu Kacau?
Antara sebab anak suka kacau kita kerana dia merasakan kita kurang bagi ATTENTION pada dia
Kenapa?
❌ Kerana jasad fizikal kita bersama anak tetapi fikiran dan fokus kita di tempat lain
Jadi mulai hari ni :
✅ Cuba ambil masa 15 minit untuk fokus 100% pada anak kita
✅ Senyum bila anak kita senyum, respon bila anak kita tanya & bermain bersama sama mereka
" Anak tak kisah pun aktiviti apa yang kita bagi mereka buat, asalkan fokus dan perhatian kita ada bersama sama mereka "
Credit to : Taufiq Razif
Jom ubah diri!

Continue Reading

Thursday, July 18, 2019

Amalan Simple Tapi Impaknya Besar

Assalamualaikum.

#Sebenarnya ini posting pagi semalam, tetapi line internet buat hal, jadi terpaksa install blogger app dalam handphone#

Alhamdulillah. Kita masih lagi dipinjamkan nyawa hari ini dan salah satu matlamatnya ialah untuk beribadat kepada Allah.

Pagi ni Aimi nak kongsi tentang amalan rohani yang ringkas dan simple yang kita boleh amalkan sehari-hari. Sambil kita buat kerja hakiki, kita boleh amalkan. Sebenarnya hebat tau kalau seseorang boleh buat dn jadikan amalan. Biar sedikit tapi berterusan

Jom kita lihat apa amalan simple tapi insyaAllah boleh membawa perubahan dalam hidup kita.


1) Beristighfar 100 kali, berselawat 100 kali dan berzikir La Ila Hail Lallah 100 kali. Amalkan sekali sebelah pagi dan sekali sebelah malam. Jadikan ini amalan rutin.

2) Berjalan kaki setiap pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit sambil berzikir nama-nama Allah seperti berikut:
  • Ya Aziz – Membawa maksud ‘Yang maha perkasa’. Ulama menyatakan barang siap sering memgamalkan zikir Ya Aziz ini setiap pagi sebanyak 41 kali, nescaya akan dicabut rasa gementar atau takut pada orang lain atau makhluk lain.
  • Ya Muhaimin – Membawa maksud yang Maha Memberi Perlindungan. Diberitakan bahawa sesiapa yang megamalkan zikir ini 115 kali selepas tiap kali mandi, Allah akan membuka perkara yang terlindung dari orang lain yang membuatkan kita tahu apa yang orang lain tak tahu.
  • Ya Rahman, Ya Rahim – Membawa maksud Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengampun. Jika diamalkan sebanyak mungkin Allah akan lepaskan dirinya daripada perangai lupa dan lalai. Jika dibaca sekurangnya 100 kali sehari, Allah akan jadikannya orang yang disenangi oleh manusia lain.
  • Ya ‘Aliim – Membawa makna Yang Maha Pengetahui
  • Ya ‘Alimal Ghaibi – Yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib. Jika diamalkan zikir no.4 tadi lalu disambung pula dengan yang ini, Allah akan membuka pintu Kasyaf dalam hati anda dengan mengetahui dan melihat perkara yang tidak diketahui dan dilihat oleh orang lain.
3) Solat dhuha setiap pagi sekitar pukul 8.30 ke 9.30 pagi dan berdoa.

Surirumah atau yang bekerja boleh amalkan. 

Percayalah, amalan ini nampak simple tapi boleh ubah diri kita, boleh ubah hidup kita.

Sentiasa lakukan perubahan dalam hidup sehari-hari tak kira besar atau kecil. Mulakan dengan yang kecil mana tahu boleh berikan impak yang besar kepada keluarga kita especially attitude kita.

Selamat beramal rakan-rakan.


Continue Reading

Wednesday, July 17, 2019

Anak Sulung bukan untuk dipinggirkan.

Assalamualaikum semua.

Semalam satu hari takde internet kat rumah. Ada gangguan line YES. Alhamdulillah hari ni dah kembali pulih kalau tak nak cari pengganti dah. Hehe. Anak-anak Aimi dah mati kutu sebab televisyen kat rumah ni memang 100% bergantung pada internet. Rumah kami dah lama takde Astro dan seumpamanya.

Terkejut semalam anak Aimi yang sulung (yang sulung twin), Abang Amsyar cakap begini;

"Mama, dulu kan masa mama kerja, mama tinggal Syar kat rumah cikda. Syar rindu kat mama"

Tiba-tiba dia cakap macam tu. Mungkin nak express perasaan dia sebab petang tu Aimi bawak pergi taman permainan dan layan dia nak pergi kedai. Mungkin dia rasa gembira.
One thing, Amsyar ni anak yang mudah express perasaan dia. Tak macam abang kembarnya, Faiq.

Bagi Aimi dua-dua anak sulung ni alhamdulillah menyenangkan. Sangat membantu dan mudah dibentuk.


Muhammad Rahman Faiq
Muhammad Rahim Amsyar
Ayra Nur Hana

Anak sulung ni special tau. Bagi Aimi, anak sulung Aimi lagi special sebab terus Allah bagi dua. Walaupun mereka dah besar, mereka masih perlukan PERHATIAN, PUJIAN, PENGHARGAAN, PELUKAN SERTA FOKUS .

Aimi hanya boleh spend masa dengan diorang sebelah pagi. Sebelum pergi sekolah. Peluk dan sekali sakala buat self affirmation. 

Balik sekolah, tanya makan apa dan aktiviti sekolah. Biasanya time ni memang macam-macam cerita daripada diorang. Bersabarlah. Sebelum tidur juga bagus kalau kita lebih fokus kat anak sulung kita ni. Aimi jarang spend masa waktu malam sebab utamakan baby yang nak tidur. Tapi jika berkelapangan especially ketika ayah diorang kerja shif malam, Aimi akan usap kepala dan bagi tau semua benda yang positif yang mereka kena amal dan buat. 

Walaupun kita dah beranak pinak, anak sulung bukan untuk diabaikan. Hargai mereka dan sayangi mereka seolah-olah mereka masih kecil.



Continue Reading

Thursday, December 14, 2017

SET MENGANDUNG SHAKLEE





Hai semua...! Assalamualaikum

Mommies kat luar sana apa khabar ye? Semalam, Aimi terkejut sangat macam ada dengar hubby tanya 'sayang pregnant ke?' Sampai mintak hubby ulang balik. Oooo, rupanya nak tanya si polan tu pregnant ke? Aik dah kenapa, suami ku jarang bergosip.


Haha. 


Rupanya hubby bagitahu kawan dia yang tanya dia. Rupanya lelaki sesama lelaki ni kuat bergosip jugak ye. Bahaya betul. Okey, kita tinggalkan kejap topik lelaki kuat bergosip ni. 😋


                    >>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Set Mengandung Shaklee


Sekarang ni kita nak sembang-sembang pasal mengandung. Yes, Pregnant! Mengandung ni sebenarnya satu pengalaman yang sangat seronok, yang sangat berharga. Bagi Aimi, kalau tak alahan tak best. Sebenarnya memang best dan seronok kalau tiada alahan semasa mengandung which means alahan teruk. 

APA ITU MORNING SICKNESS@ ALAHAN?


Morning Sickness bermula sekitar 6 minggu peringkat kehamilan. Ianya berbeza bagi setiap kehamilan. Wanita-wanita yang mengandung akan mengalami loya atau muntah pada waktu pagi, dan ada juga sepanjang hari. Ada juga yang alahan pada bau dan menyebabkan mereka merasa loya dan muntah.

.
.
Morning sickness disebabkan oleh kehadiran hormon hCG dalam darah yang dikeluarkan oleh uri di dalam rahim. Namun begitu, ia merupakan petanda yang baik bagi wanita yang hamil. Ini bermakna bahawa tahap hormon hCG dalam tubuh mereka semakin meningkat dan bayi berada berada dalam keadaan baik.

.

Bagi sesetengah wanita pula mengalami morning sickness yang teruk hingga muntah dan loya beberapa kali sehingga hidrasi. Muntah yang berlebihan boleh membuatkan ibu hamil tidak berupaya melakukan rutin harian seperti biasa, malah kelihatan lesu. 

.

Bila story pasal pregnant ni memang suka tau imbas kembali masa mengandungkan twin Rahman Rahim dan single Ayra. Alhamdulillah, dua kali pregnant, berpeluang trace bahawasanya diriku hamil melalui fasa alahan.

CARA MENGATASI?


Secara jujur, nak atasi bagi hilang terus alahan memang mustahil. Tapi kalau nak topup tenaga untuk melalui fasa alahan ini InsyaAllah , pasti ada. 


.

Semasa pantang, Aimi langsung tiada selera untuk jamah nasi. Terkena pulak alahan bulan puasa. Tapi Aimi ada peneman setia waktu itu. ESP Shaklee, shake shake insyAllah kenyang.




ini dia peneman setiaku. 


Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali nengandung.
.
Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.

  • Alahan Teruk
  • Morning Sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan Loya
  • Anemia = Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
  • Keletihan dan rasa malas
  • Mood swing
.
Jangan risau, keadaan tersebut hanyalah sementara.


Simptom Kehamilan boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang diperlukan dan cara yang betul.
.
Selain itu, rehat yang secukupnya dan sokongan yang kuat daripada suami juga amat diperlukan. 😉



MENGAPA DOKTOR BEKALKAN IBU HAMIL DENGAN VITAMIN?



Kerana semasa hamil tubuh ibu memerlukan dua kali ganda lebih nutrien tertentu untuk disalurkan kepada bayi dalam rahim yang sedang membesar.

Sayangnya cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan majoriti nutrisi seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat di serap oleh tubuh. 

                           Set Mengandung Shaklee


APAKAH KEBAIKAN SET HAMIL SHAKLEE?


Setiap ibu mengandung mahukan yang terbaik untuk dirinya dan anak di dalam kandungan supaya mendapat keperluan nutrisi yang lengkap dan tumbesaran yang baik.


.

Malah, ibu hamil juga mahukan yang terbaik supaya tiada lagi lenguh-lenguh badan di malam hari dan sentiasa bertenaga sepanjang kehamilan.


a) Vita-Lea iron Formula


- Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.

- Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


b) Sustained Released Vita-C

- Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.

- Membantu Penyerapan iron 


c) B- Complex

- lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan.

- Ia membantu  tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi stabil dan wajah berseri.

- B complex juga vitamin anti stress.


d) Energizing Soy Protein

- Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

- Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.

-Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

- ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.


e) Ostematrix


- Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.


- Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
- Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
-Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
-Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period


f) Omega Guard (EPA & DHA)

- DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
- DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
- Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
- Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

     Image result for set mengandung

So, mana-mana yang nak try Set Hamil ni boleh terus hubungi Aimi. Aimi sedia membantu selagi terdaya 😊
.
.
.
.
.

AIMI NASIHAH
012-9862856
Continue Reading

Thursday, December 7, 2017