Wednesday, August 7, 2019

Friday, August 2, 2019

Kejar Buat Amal Walau Sedikit.


Salam Jumaat penuh barakah.
Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan kasih sayang Allah SWT. Aamiin.
Hari ini Aimi nak kongsikan manfaat membaca surah Al-Kahfi.
Mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan.
Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.
Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.
Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.
Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.
Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.
:daripada sumber my Metro>>Addin
Marilah sama-sama kita perbanyakkan amal. Semoga perkongsian ini beroleh kebaikan bersama, kita kejar buat pahala sama-sama. Kejar walau sedikit. :-)
Continue Reading

Tuesday, July 30, 2019

Surirumah "terpilih".

Orang perempuan yang Allah pilih dia duduk rumah perlu bersyukur. Allah pilih sebab nak bagi pahala  tanpa bersusah payah keluar dari rumah.

Dia redha "lepaskan" suami jihad, buat dakwah, cari nafkah halal pahala itu pun dia dapat.

Nak pujuk hati ni payah sebab emosi sendiri macam roller coaster.

Dipetik dari kata seorang ustazah.

Bersabarlah. Sesungguhnya ia didik diri jadi lebih baik.

Duduk rumah jaga anak sendiri ajar diri faham bagaimana pengasuh boleh jaga dan sabar kerenah anak kita. Walhal mereka pun terasa penat, juga kadang beremosi.

Kita jaga darah daging sendiri, anak yang keluar dari rahim kita sendiri pun dah mengeluh letih, mereka apatah lagi. Kadang-kadang mereka jaga lagi better dari kita. Kita ni, bila anak tak tido, nak masak tak boleh, dah moody marah- marah.

Allah hantar ilham, jentik diri. Supaya sentiasa ingat. Supaya sentiasa rasa syukur dengan kerenah anak- anak.  Supaya sentiasa sabar. Sebab Allah nak bagi kita pahala berganda.

Di saat kita terasa berat, ingatlah Allah takkan bebani seseorang di luar kemampuannya.

Aimi Nasihah
Mama yang banyak kekurangan.

Continue Reading

Thursday, July 25, 2019

Kejutkan Anak Bangun Tidur Tanpa Drama

Cabaran terbesar di awal pagi ialah ketika mahu kejutkan anak-anak untuk bangun pagi. Nak kejutkan anak tanpa anak meragam pun ada caranya.

Bagi ibubapa yang menghadapi kesulitan untuk mengejutkan si manja di awal pagi, dikongsikan tips mengejutkan anak-anak untuk bangun tidur dengan mudah dan gembira ;

# PERSEDIAN SEBELUM TIDUR

Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.

# TIDUR DENGAN BAHAGIA

Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Beri dorongan denganmenjelaskan bahawa guru-guru dan kawan-kawan pasti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas.Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur beserta surah Al-Muawwizat (3 Qul).Elakkan konflik sebelum tidur. Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.Ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), selitkan juga doa ibuayah dan programkan minda si manja untuk mereka mudah bangun awal untuk ke sekolah.Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, minimakan kelantangan bunyinya.

# KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG

Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik.Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur.

Usap kepalanyasambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendamdengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu. Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :

DILARANG meninggikan suara.DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.DILARANG menyimbah air.DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan ibubapa untuk mengejutkan si manja di awal pagi dengan lebih tenang. Sekiranya si manja terus-terusan meragam dan liat untuk bangun di awal pagi, laluilah ia dengan sabar dan positif. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza mengikut perkembangan masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Sumber dari www.excelqhalif.com

Continue Reading

Tuesday, July 23, 2019

Hanya Dengan RM2.10 pun boleh bahagiakan hati anak.

"Mama, esok ayah dapat gaji kan?"

"Ye. Kenapa?"

"Boleh apa bila ayah dapat gaji?"

"Tak boleh apa pun. Abang nak apa?" Mama test dia pulak.

Hero kembarku tersenyum macam kerang busuk pagi tadi. Mesti ada sesuatu kalau tak, takkan tanya macam tu sekali.

"Nak beyblade"

Haa, itu dia jawapan di sebalik hati nurani. Rupanya itu yang dia mahu.

"Tak makan durian pun semalam, mana boleh beli beyblade".

Dua-dua tersengih lagi. Memang semalam Aimi buat challenge, siapa dapat habiskan seulas durian, Aimi belanja beyblade.

Nampak challenge biasa je, tapi Aimi sengaja buat macam tu sebab diorang dua beradik memang tak makan buah kecuali pisang. Itupun kalau digoreng atau dibuat cekodok pisang.

Memang untung sokmo lah mama dan ayah musim buah ni sebab tak payah berebut nak makan dengan anak tapi tak best lah. Nak jugak feel "berebut" seulas dua.

Tapi nak diceritakan begitulah anak-anak. Kalau berjanji mesti dikotakan. Jadi, jangan berjanji apa yang tak boleh kita tunaikan. Tapi pasal beyblade berjanji jika boleh habiskan durian je. Gagal means takde beyblade.Hehe.

Memang kita boleh beli apa sahaja kemahuan diorang tapi keperluan rohani mereka wajar diutamakan. Tak kisahlah bekerja atau tidak, sebenarnya itu bukan alasan. Anak suka kalau kita cakna pasal mereka.

Kita sebagai parents cuba stop tengok gadget sekejap jika mereka cuba nak bercerita pada kita. Dengar dan respon. Puji bila mereka buat sesuatu yang membanggakan. Contohnya begini;

" Mama, tadi kat sekolah syar boleh baca sampai habis. Esok boleh baca yang baru"

"Bagusnya anak mama. Nanti kena rajin baca lagi, boleh sama dengan abang."

Kalau ada anak kembar satu keuntungan sebab depa bersaing sesama sendiri. Tapi Aimi tak boleh suruh si adik terang-terang supaya lagi hebat daripada abang. Bagi si adik capai tahap dengan si abang.

Kita sebagai ibu bapa kena letakkan diri kita sebagai anak-anak kita. Apa yang kita rasa kalau kita abaikan mereka. Abai bukan sahaja yang kita nampak pada mata kasar seperti tak bagi makan, tak uruskan pakaian, biarkan berhingus dan sebagainya. Penuhi keperluan emosi.

Bagi yang bekerja, pulang awal dan ambil mereka dari taska atau sekolah. Mandikan mereka, sediakan makan, duduk makan bersama. Tanya pasal sekolah dan mungkin boleh selitkan nasihat.

Hujung minggu, kita kena rangka nak buat apa dengan anak- anak. Ajak pergi taman, kemas rumah, ajak masak ke. Lakukan sesuatu yang lain dari rutin mereka.

Jaga keperluan emosi mereka, insyaAllah akan terjaga semuanya.

Letih tu biasa, tapi apa salahnya kita korbankan sikit masa mengadap hp kita tu demi anak-anak.
Aimi pun sedaya upaya belajar dan latih diri untuk jadi ibu terhebat buat anak- anak Aimi.

Silap itu biasa, yang penting kena ada usaha nak baiki diri kita sebagai ibu.

Anda lakukan ini, anak- anak akan sentiasa ingat sampai mereka dewasa. Binalah kenangan indah semasa mereka kecil.

Bawak jalan-jalan pergi kedai Eco pun diorang dah happy lain macam tau.


Continue Reading