Wednesday, November 4, 2020

Apakah Jenis Kulit Anda? Jom kenali kulit muka.

 Assalamualaikum. Hye!!

Korang ada masalah kulit tak? Aimi pernah mengalami masalah kulit teruk zaman universiti dulu, dan salah satu my bad habit ialah suka picit jerawat. Tangan tak boleh nak duduk diam. Akibat tangan yang tak boleh duduk diam tu, maka nampaklah kesannya sekarang. 

Lepas kahwin, hormon berubah agaknya. Jerawat jarang muncul, sekali-sekala sahaja dia bertandang. Syukurlah kan. Kalau tak mungkin tangan tak boleh duduk diam lagi. Dulu mungkin kulit muka Aimi ni jenis berminyak, so cepat sangat jerawat ni muncul.

Pencuci muka silih berganti brand, sebab salah satunya nak jimat kan. Time study mana ada duit lebih sangat nak beli skincare mahal-mahal. 

So far, korang tahu tak kulit muka korang jenis yang macam mana? 

Samada berminyak, kering, kulit normal atau kombinasi? Er... macam mana nak tau? Jom, Aimi share serba sedikit tentang jenis kulit muka.

A) KULIT KERING

Mereka yang memiliki kulit kering mempunyai liang pori yang hampir tidak kelihatan serta kulit nampak kusam dan kasar. Berkemungkinan juga terdapat tompok-tompok kemerahan dan garisan halus serta kedutan pada kulit.

APAKAH FAKTOR PENYEBAB KULIT KERING?

B) KULIT BERMINYAK KE KOMBINASI

IA KELIHATAN SEPERTI: Mereka yang mempunyai kulit yang berminyak dan kombinasi menghadapi simptom yang serupa maka penjagaan kulit mereka agak sama. Kulit berminyak mempunyai liang pori yang jelas dan membesar serta kulit nampak berkilat akibat lebihan sebum (bahan yang melincirkan dan menjadikan kulit kalis air). Manakala untuk kulit kombinasi, besar kemungkinan kulit anda ada kedua-dua ciri iaitu kering pada pipi dan berminyak pada zon-T.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak disarankan agar kerap menggosok/menyental kulit kerana ia akan menanggalkan permukaan kulit mati dan mengurangkan liang pori yang tersumbat. Tetapi jangan menggosok/menyental terlalu kasar. Mereka yang mempunyai kulit kombinasi boleh memulakan rutin menggosok/menyental sekali atau dua kali seminggu dan perlahan-lahan melakukannya dengan lebih kerap jika perlu.

Add caption


C) KULIT SENSITIF

IA KELIHATAN SEPERTI: Jika anda memiliki kulit sensitif, anda mungkin mengalami simptom seperti kulit kemerahan dan kegatalan. Anda juga mungkin mendapati yang kulit anda mudah mendapat iritasi apabila terdedah kepada bahan tertentu dalam produk penjagaan kulit dan akibat perubahan alam sekitar.

APA YANG PERLU DILAKUKAN: Ingat, terlampau lama membersihkan wajah akan menyebabkan iritasi kulit, jadi bersederhanalah ketika membersih dan menggosok/menyental. Gunakan air sejuk atau suam dan bukan air panas yang boleh menanggalkan lapisan pelindung kulit anda.

Kulit Sensitif

D) KULIT NORMAL

IA KELIHATAN SEPERTI: Secara umumnya kulit normal hanya mempunyai beberapa masalah kulit ataupun tiada langsung, tidak sensitif, sedikit sahaja liang pori yang kelihatan dan tahap penghidratan yang seimbang. Mereka yang mempunyai kulit normal jarang mengalami kulit kering, berminyak ataupun ditumbuhi jerawat.

APA YANG PERLU DILAKUKAN: Kulit normal mudah dijaga namun satu langkah penjagaan kulit yang bijak adalah dengan menggunakan produk yang lembut dan terbukti secara klinikal agar kulit kekal tanpa masalah


ANDA SUDAH KENALI JENIS KULIT MUKA ANDA?

Apa yang anda ingin lakukan untuk mengatasi masalh kulit muka anda?
Fokus pada penggunaan Skincare?
Anda punya pilihan?
Aimi boleh suggestkan :-)

Shaklee juga mempunyai set rangkaian produk untuk penjagaan kulit. Set rangkaian penjagaan kulit ini dikenali sebagai YOUTH SKINCARE. 

Jom kenali secara ringkas SET YOUTH SKINCARE SHAKLEE.

Set Youth Skincare


1. YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER



Fungsi YOUTH Luminious Gel Oil Cleanser:
1. Menghaluskan kulit
2. Membersihkan kulit
3. Melindungi dan memperbaiki sel kulit
4. Mengeluarkan sel kulit mati
5. Melembapkan kulit


Apa yang menarik tentang YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser?
1. Design yang up-to-date: pusing sahaja penutup untuk membuka, penutup tak hilang!
2. Bau natural yang sedap dari Avocado Oil :)
3. Tidak mengandungi sabun - tidak mengeringkan kulit, kulit tak rasa tegang bila senyum, tapi kulit rasa smooth sangat!
4. pH seimbang


Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser:
1. Vital Repair+®
2. Ekstrak Anggur Muscadine
3. Ekstrak Alga Hijau (untuk exfoliate / scrub super lembut membuang sel kulit mati sambil melembapkan kulit, tidak menyakitkan kulit)
4. Avocado Oil
5. Ekstrak Yis


Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah pertama di waktu
1. Pagi
2. Malam


2. YOUTH PERFECTING SKIN TONER



Fungsi YOUTH Perfecting Skin Toner:
1. Double-cleansing -- buang sel kulit mati, keluarkan sisa makeup yang tak dapat keluar dari pembersihan pertama tadi, dan bahan pencemaran. Kita akan nampak kesan kotor pada kapas.
2. Menghidratkan kulit, kulit tidak nampak kusam, kulit jadi glowing
3. Membekalkan nutrisi untuk kulit

Apa yang menarik tentang YOUTH Perfecting Skin Toner?
1. Bau natural yang fresh :) 
2. Kulit tidak rasa tegang apabila senyum selepas pemakaian toner
3. Kulit rasa sejuk dan tenang selepas memakai toner

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Perfecting Skin Toner:
1. Vital Repair+®
2. Ekstrak Anggur Muscadine
3. Ekstrak Alga Hijau
4. Ekstrak Yis

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah kedua selepas YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser di waktu
1. Pagi
2. Malam


3.YOUTH ACTIVATING SERUM


Fungsi YOUTH Activating Serum:
1. Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel
2. Membuatkan kulit menjadi lebih muda dan berseri

Apa yang menarik tentang YOUTH Activating Serum?
1. Design yang up-to-date: pusing untung membuka airless pump. Ini akan mengurangkan kebarangkalian serum teroksida, maka meningkatkan keberkesanan dan penggunaan. Tidak perlu korek-korek bekas kalau serum dah nak habis :)
2. Tersangat pekat -- 10 kali ganda bahan aktif untuk pembaharuan sel yang kritikal.

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Activating Serum:
1. YOUTH Complex
2. Apple Cell
3. Lotus Japonicus
4. Encapsulated Vitamin A Retinol

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah ketiga selepas YOUTH Perfecting Skin Toner di waktu
1. Pagi
2. Malam


4. YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER


Fungsi YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50:
1. Melembapkan kulit
2. Menjadikan tona kulit lebih sekata
3. Menambahbaik penampilan kulit secara menyeluruh
4. Melindungi sel kulit (terutamanya sel kulit baru) dari sinaran matahari dan pencemaran


Apa yang menarik tentang YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50?
1. 2-in-1: Moisturizer + Sunblock. Mudah. Tidak perlu pakai pelembap + sunblock menggunakan 2 krim yang berbeza :)
2. Diformulasi khas untuk orang Asia dengan broad spectrum SPF 50 UVA/UVB
3. Tidak menyumbatkan pori (non-comedogenic)
4. Tidak perlu dibuang menggunakan oil-based makeup remover seperti sunblock lain kerana ianya tidak kalis air (meresap terus ke dalam kulit), menjadikan ianya mesra wuduk :)
5. Penutup yang sama seperti Cleanser, iaitu design yang up-to-date: pusing sahaja penutup untuk membuka, penutup tak hilang!

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50:
1. SPF 50
2. Vital Repair+® Complex
3. Muscadine Grape Extract

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah keempat selepas YOUTH Activating Serum di waktu pagi and you are ready to go!


5. YOUTH RADIANCE C+E


Fungsi YOUTH Radiance C+E:
1. Menegangkan kulit
2. Mencerahkan kulit
3. Mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan
4. Mengurangkan kehadiran tompok usia (age spots)
5. Melicinkan tekstur kulit
6. Memperbaiki tona kulit secara keseluruhan

Apa yang menarik tentang YOUTH Radiance C+E?
1. Kepekatan Vitamin C dan E yang lebih tinggi dari produk lain yang ada di pasaran iaitu 20%
2. Kapsul berwarna emas yang menarik dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Juga efektif kerana ia dapat mengelakkan krim di dalamnya mudah teroksida kerana tiada bahan pengawet digunakan (100% semulajadi!)
3. Kapsul ini juga berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi. Selamat untuk bumi kita :)

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Radiance C+E:
1. 20% Vitamin C dan E tulen
2. Ekstrak Raspberi

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai langkah keempat selepas YOUTH Activating Serum di waktu malam.


6. YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM


Fungsi YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Light):
1. Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit sewaktu tidur
2. Membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Light):
1. Vital Repair+® Complex
2. Schisandra Chinensis
3. Lotus Japonicus


Fungsi YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Rich):
1. Menghidratkan kulit dengan mendalam
2. Melembutkan kulit
3. Recharge dan membantu sel kulit semasa tidur, membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin, dan cerah. Bangun tidur bagai Sleeping Beauty :)

Bahan-bahan utama di dalam YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Rich):
1. Vital Repair+® Complex
2. Lotus Japonicus
3. Shea Butter
4. Minyak Jojoba

Cara penggunaan:
Digunakan sebagai step kelima selepas YOUTH Radiance C+E di waktu malam.




Continue Reading

Monday, October 19, 2020

MATA PANDA? Boleh try Youth Restoring Eye Treatment

Assalamualaikum.



Korang rasa terganggu tak kalau tengok mata korang ada lebam hitam bawah mata? Lebam hitam = lingkaran gelap. Ataupun nampak eye bag seketul bawah mata? Bagaimana korang nak hilangkan atau biarkan sahaja?

Aimi nak share satu produk berkaitan mata daripada Youth Skincare Shaklee iaitu YOUTH RESTORING EYE TREATMENT.

Apa itu Youth  Restoring Eye Treatment?




Kalau dulu kita ada krim mata Shaklee Enfuselle, tapi sekarang sudah di gantikan dengan Youth Restoring Eye Treatment yang diformulasi lagi baik dan lagi bagus.

Apakah fungsi krim mata?

Krim mata berfungsi untuk membantu menjaga kulit sekitar mata. Sebabnya kawasan mata adalah kawasan kulit yang sangat lembut, halus kulit. Makanya kulit jadi cepat nipis, kasar dan berkedut akibat kolagen yang makin berkurang dan sinaran uv matahari.

Krim mata dari Youth Restoring Eye Treatment Shaklee dihasilkan untuk membantu masalah yang sering dialami oleh kaum wanita.
  • Mengurangkan garis halus.
  • Mengurangkan kedutan, termasuklah kedut di sisi luar lipatan mata.
  • Mengurangkan mata sembap, mata panda dan lingakaran hitam.
  • Membantu menegangkan kulit sekitar mata.
  • Menghidrat kulit sekeliling mata yang sering kering.
  • Melindungi kulit sekitar mata yang mudah terdedah kepada pencemaran dan persekitaran.

Apa yang menariknya krim mata YOUTH  Restoring Eye Treatment produk Shaklee ini, dia ada buat kajian klinikal selama 28 hari ke atas 36 orang dengan menggunakan krim mata Youth ini selama 2 kali dalam sehari. Hasil kajian mendapati:
  • Garis serta kedutan di sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata berkurang dalam tempoh seawal 7 hari.
  • Mata sembap dan lingkaran hitam juga berkurang.
  • Menghilangkan kedutan mata termasuk menghidrat dan menegangkan.

Keistimewaan produk krim mata yang terbaik dalam Youth Restoring Eye Treatment dari Shaklee yang anda perlu tahu dan sentiasa ingat ialah:



Krim mata Youth Eye Treatment ini akan bertindak dengan 3 cara iaitu:

1-Memulikan
  • Campuran unik peptida mengembalikan sistem isyarat pada kulit sekitar mata dan menyokong penghasilan kolagen.
  • Melembapkan dengan cara mengekalkan air pada kulit.  
  • Menyerap hingga 1000 kali berat di dalam air bagi tujuan menjaga kelembapan kulit

2-Mengurangkan
Krim mata Youth Eye Treatment ini akan membantu mengurangkan masalah garisan halus, mata sembap, kedut, lingkaran hitam dan kedut yang ada di sisi luar lipatan mata.


3- Menyegarkan
Jika anda perasan ada 'cooling tip' untuk merangsang peredaran mikro bagi tujuan mengekalkan kesegaran mata, mengurangkan tanda merah-merah di bawah mata dan mengurangkan sekali mata sembap. Dah ada 'cooling tip' ni tak perlu dah guna timun, kentang atau uncang teh kat mata lagi! Best kan?😃😍


Cara menggunakan krim mata dari Youth Restoring Eye Treatment Shaklee.

1- Dengan 'cooling tip'
Picit tiub untuk keluarkan sedikit krim mats sebesar saiz mutiara ke atas 'coolong tip'. Guna 'cooling tip' untuk merata dan mengurut ke sekitar mata.

2- Dengan jari dan 'cooling tip' 
Picit tiub untuk keluarkan sedikit krim mats sebesar saiz mutiara ke atas 'coolong tip'. Guna jari manis dan titik krim mata Youth pada kawasan mata untuk dirawat dan gunakan 'cooling tip' untuk membantu meratakan dan mengurut krim mata ke sekitar mata.

Bila perlu menggunakan krim mata Youth Eye Treatment?

Anda boleh guna selepas pakai pencuci muka dan toner.

Di mana perlu digunakan krim mata Youth Eye Treatment ini?

Sapu krim mata di atas kelopak mata dan kawasan tulang kering dan di bawah mata sepanjang orbit tulang ke sudut luar kawasan mata.

Berapakah harga Youth Eye Treatment ini?

Harga Produk :  RM 242.75

Untuk penggunaan selama 60 hari.

Jom lihat testimoni Youth Eye Treatment.






Nampak kan kesan selepas menggunakan  Eye Treatment ini? Anda mahukan juga? 

Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada sebarang pertanyaan?
Hubungi Aimi:

Aimi Nasihah
COD Area : Kerteh / Paka / Kemasik
Pengeposan Seluruh Malaysia.
Continue Reading

Sunday, October 18, 2020

Bukan Sekadar Hobi : Jual Sandwich boleh Jana Pendapatan Sampingan

Ye betul. Serius, jual Sandwich boleh jana pendapatan sampingan. Aimi dah banyak cuba jual makanan tapi end up letih, rushing nak cod dan sebagainya. Start lepas PKP dalam bulan Julai, Aimi terfikir nak join class masakan. Tapi tak tahu nak join kelas apa. Banyak sangat kan kelas pjj sekarang ni. Tanya pada diri sendiri, "aku minat buat apa. Abaikan kalau minat aku sama dengan orang lain yang dah buat jualan".

Tiba-tiba terlihat iklan kelas PJJ Sandwich. 

Ah, not bad. Boleh cuba join kelas. Aku pun suka makan sandwich. Lagi pun senang je buat. 

Sebenarnya 'senang' , realitinya taklah senang sangat. Specialnya kelas PJJ ni ialah tips nak buat sesuatu.  Resepi boleh jer kita google tapi tips especially dari seorang yang pakar memang tak senang-senang nak dapat. 

Aimi pun ambil keputusan nak join Kelas PJJ dengan harga RM50. Alhamdulillah, dah balik modal yuran Kelas PJJ dah pun. 😀 Satu lagi masalah Aimi ialah, kesian dekat pelanggan kalau nak jual mahal. Dalam kelas ni, Aimi belajar nak kira kos bahan dan harga jual. Tetapi, ia bergantung juga pada kawasan samada bandar atau luar bandar dan senang atau tidak nak dapatkan bahan mentah.

Nak tengok hasil sandwich yang Aimi buat tak?




Mix (Sandwich dan Sushi Sandwich)





Agak payah nak dapatkan customer pada mulanya. Yang Aimi cuba buat masa mula-mula nak start ialah, edarkan tester buat rakan-rakan. Alhamdulillah, respon yang baik dan membina daripada rakan-rakan. Itulah permulaan Aimi dalam jualan sandwich.

Sepanjang tempoh jualan sandwich, Sushi Sandwich paling mendapat sambutan hangat. Pernah dalam seminggu,hari-hari berderet order masuk untuk Sushi Sandwich.  


ini dia Sushi Sandwich

Alhamdulillah. Aimi happy sangat buat sandwich. Walaupun untung tak banyak, tapi alhamdulillah boleh la menampung saat-saat emergency nak guna duit. Dalam seminggu boleh dapat dalam RM600++ sales. Bergantung atas jualan yang kita buat. 

Aimi rasa untung join kelas PJJ ni sebab ada support group yang sangat membantu memberi idea, nak cari kotak, nak kira kos, nak letak harga dan sebagainya. Aimi suka bisnes makanan, sangat suka sebab happy dengar feedback pelanggan, di samping itu nak menambah skill memasak. 

Tempting tak tengok sandwich ni? Hehe.

Btw, Aimi masih belajar. Disamping jual Shaklee, Aimi suka jual makanan dan buat sandwich box ni adalah satu terapi. 

Semoga bisnes sambilan ni terus bertahan dan mendapat tempat di hati pengguna. 

Doakan Aimi ye kawan-kawan!


Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada sebarang pertanyaan?
Hubungi Aimi:

Aimi Nasihah
COD Area : Kerteh / Paka / Kemasik
Pengeposan Seluruh Malaysia.
Continue Reading

Tuesday, October 13, 2020

Sijil Halal 2020

 Setiap tahun, Sijil Halal Shaklee akan diperbaharui. Terbukti, Shaklee sangat komited dengan kualiti dan kehalalan produknya.


Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).

Jadi, anda tak perlu risau untuk menggunakan produk Shaklee.Gunakan tanpa was-was.



Berminat dengan sebarang produk Shaklee atau ada pertanyaan?

Hubungi Aimi :

Aimi Nasihah


COD Area : Kerteh/ Kemasik/ Paka

Pengeposan Seluruh Malaysia.


 

Continue Reading

HEALING CRISIS? Makan Supplement pun ada healing crisis?

Assalamualaikum rakan-rakan.

Korang pernah dengar tak orang sebut HEALING CRISIS atau Krisis Pemulihan? Kebiasaannya, kita akan dapat healing crisis ni bila menggunakan sesuatu produk yang baru. Contohnya skincare. Sebenarnya, bila kita start makan supplement, juga ada tindak balas ke atas badan kita sama ada kita akan rasa sihat atau sebaliknya. Atau pelbagai lagi tindak balas lain. Ini dinamakan HEALING CRISIS.


Aimi pun pernah mengalami healing crisis ni sewaktu awal-awal ambil Alfalfa dulu. First thing, kita jangan panic. Aimi tunggu dalam seminggu, dan lepas tu keadaan dah kembali seperti biasa. Time tu barulah faham "ooo..rupanya ini orang panggil healing crisis" 


APAKAH ITU KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses pemulihan, badan akan bertindak balas menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang tidak selesa. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

MENGAPA TERJADI KRISIS PEMULIHAN?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
 
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
 
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada  permulaannya , lebihan karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah  dibersihkan , paip akan menjadi cantik dan bersih semula.



ADAKAH KRISIS PEMULIHAN SUATU PETANDA YANG BAIK?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


ADAKAH SEMUA ORANG MENGALAMI TADA-TANDA DAN GEJALA YANG SAMA SEMASA KRISIS PEMULIHAN?

Semua orang adalah berbeza.

Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, ada juga yang akan terjadi selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza

Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


BERAPA LAMAKAH PROSES PEMULIHAN AKAN TERJADI?


Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik


Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersihrehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah, segalanya akan jadi mudah. 




Continue Reading